WELCOME

sisihkan keresahan carilah kedamaian

Wednesday 28 April 2010

UntOk Kamu...

aku dah teramat rindu kamu.....
dah x tetahan dah rasenye perasaan rindu ni...
kamu telah membuatkan aku semakin syg pada kamu...
aku sering berdoa untuk bersama kamu...
menjadi pasangan hidup ku nanti kelak...
mempunyai anak2 yg baek bersama mu...
kita bina makhligai kebahagian bersama...
aku seronok melihat orang lain bahagia bersama keluarga mereka...
penuh kasih syg antara mereka...
dan itu lah yg aku impikan bersamamu..
aku impikan sebuah kucupan mesra kasih syg dari kamu dan anak2 ku nanti...
dengar lah wahai pujangga hatiku...
aku selalu menyayangi mu...
dan aku ingin bersamamu..
biarlah kita x kaya dengan harta...
tapi kita penuh dengan cinta jiwa manusia...

MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALANYA BG KITA..
aku hanya merancang tuhan yg menentukan segalanya...
dan ku harapkan sebuah perjalanan yg baek untuk kami...
doa adelah senjata mukmim... :)
doakan segalanya ...

Tuesday 27 April 2010

Kisah benar....

Report ini adelah bacaan semata mata x de kene mengena dengan yg hidup mahupon mati yeppp....
hari ni selasa, 27 haribulan 4.... jam 5.30pm aku ditahan polis....
polis melakukan operasi colik penagih atau lebih dikenali operasi terjah pakai suke otak dorang je...
aku didampingi oleh seorang lelaki berasal dari serawak atau sabah aku x pasti...
mule mcm telalu muda n x mcm polis...
dia menunjukkan lencana dia sebagai polis...
pada mulenye aku mcm x pecaya dia polis...
sbb muke dia mcm budak2 je...
dan dia memakai pakaian awam..
tapi aku ikot aje sampai kat van dia sbb dia kate kene bawak pergi IPD Ampang untuk test urine...
dalam tangan aku mmg da sedia helmet aku la lau dia tipu aku kasi hentak je kepala dia...
ape lagi dok la aku dalam van dia tu ramai2 dengan mamat2 lain...
sampai balai polis Ampang ape lagi abis tangan aku kene conteng...
aku duduki tangga ke sepuluh...
tangan aku berconteng no 10...
cisss mengade2 la polis ni...
dia kasi bekas untuk urine...
ade paham2 la nk wat ape kan dengan bekas tu...
dah siap dorang test banyak la jugak yg kantoi dengan penyalahan gunaan dadah..
sume dorang x ngaku sampai siap polis tu sepak tampar semua...
ish3 yg aku nye bekas dorang minum hahaha...
eeeee yekkkkk nk mampus menyusahkan aku je ikot dorang...
dah tahu kita orang yg negative dadah x mo lak dorang lepas awl....
kene la tunggu mamat2 yg positive ...
cehhhhh ingatkan tunggu lame dorang anta la balek...
ni x kene balek tgh2 malam sendiri...
ape ke bgoknye polis...
menyusahkan orang je...
mintak maaf pon xde kat kita orang...
mangkuk periuk punya polis...huhhh...kasi sekel kepala dorang baru taw..
mamat2 yg positive dok berdengkur la malam ni dalam jel yekkk...selamat malam mamat2 yg dah dijahanamkan oleh dadah2 tu...aku tido atas tilam korang tido la atas lantai beralaskan simen yg sememangnye empuk cm tido kat hotel... :) nite untuk korang.....

Monday 26 April 2010

aku perindu....

malam ni aku memang terasa rindu yg amat sangat...
ermmmm mungkin masa makin mematangkan sebuah hati...
makin lama mengenali makin beputik sebuah perasaan...
dan ingin aku nyatakan bahawa hatiku mmg terasa sesuatu yg amat dirindui selama ini...
kata2 mu yg merinduiku membuat hati ku telalu bahagia...
setiap insan bernama manusia pasti terasa perlu ada sebuah perasaan ini...
cinta...
aku memang telah jatuh cinta...
aku terasa cinta ku hadir bukan dalam sebuah mimpi tapi ia hadir dialam nyata...
aku ingin mencintai mu tanpa kenal erti putus asa..
ibarat matahari yg x pernah kenal erti lelah menyinarkan cahayanya...
hujan yg turun membawa rahmat bg sekalian alam...
begitu juga kamu dalam hatiku...
hadirmu membawa beribu erti kasih untukku..
biarpon aku pernah gagal dalam sebuah harapan cinta tapi akan ku biarkan ia berlalu hanya sebagai kenangan...
bersamamu akan ku mulakan hidup baru yg lebih bererti dari dahulu...
kerna kamu masa depan ku...
kerna kamu cinta setiaku...
aku merasa nyamannya didalam pelukan rindumu
aku mengimpikan sebuah mahligai yg di redoi ALLAH (insyaallah) bersamamu wahai kekasih hatiku...

Saturday 24 April 2010

petua mencari pasangan....

eh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

pasangan bahagia

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Friday 23 April 2010

bukti kekuasaan ALLAH..

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Subhanallah! :

(QS Fushshilat : 53) = (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

( Nb: Menjadi Mualaf atau tidaknya Mr.Costeau …Wallahu a’lam )

Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

NB :

1. Fenomena ini pertama kali ditemukan oleh Mr.Costeau

2.Foto2 diatas diambil oleh seorang penyelam bernama Anatoly Beloshchin


Sumber Referensi :

1. Dari Ebook :

BUKTI KEBENARAN QURAN

AL-REHAILI, Abdullah M.

Bukti Kebenaran Quran / oleh Abdullah M. al-Rehaili. – Yogyakarta: Tajidu Press, 2003

160 hlm.

ISBN 979-3I89-01-8

Hak Cipta 2003 pada © Abdullah M. al-Rehaili

Judul Asli: This is The Truth, Newly Discovered Scientific Focts Revealed in the Quran & Authentic Hadeeth (Wolrd Supreme Council for Mosques Affairs Commission on Scientific Sign of Qur’an and Sunnah at Muslim World League Makkah al­Mukarramah and Alharamain Islamic Poundation, Third Edition, Riyadh, 1999)


2.http://www.cenoteangelita.com/cenote_info.htm


Thursday 22 April 2010

awek awek awek...

korang ade awek x?
erm penah ade awek?
pernah berpisah?
penah x korang cintakan seseorang?
erm penah x korang rse nk ade dikasihi oleh orang yg tersayang?
nk mempunyai pasangan yg mencintai kita seperti kita cintai dia?
pernah x korang terdiam seketika apabila nk mengatakan sesuatu kepada pasangan korang?
korang ade rse x nk selalu tahu tentang pasangan korang?
korang boleh bg tau aku ape tu cinta?
perlu ke sume kat atas tu dalam perhubungan?
perlu ke ade pasangan dalam hidup korang?
perlu ke korang rasiakan perhubungan korang?
perlu ke sume ni ek?
pikir2 kan la dalam hidup korang...
perlu ke sume ni...
cinta kadang2 perit kadang2 manis..
pilih lah, walaupon kadang kala x tepilih dan x mampu kita nk pilih...
ape yg mampu kita pilih biarkan mase berjalan sendiri...
walawpon akhirnya akan pasti ade penamatnya..
cume tiada kepastian bila penghujungnya...

Tuesday 20 April 2010

isteri soleha....

isteri cerdik yg soleha..
penyejuk mata..
penawar hati...
penajam fikiran...

dirumah dia isteri
dijalanan dia kawan
diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan....

pandangan kita di peteguhkan...
menjadikan kita tetap pendirian...
ilmu yg diberi dapat dia simpan...
bila kita lupa dia yg mengingatkan...

nasihat kita dijadikan pakaian..
silap kita dia betulkan...

penghiburkan diwaktu kita kesunyiaan...
terasa ramai bila besamanya...

dia umpama tongkat sibuta...
bila tiada, satu kehilangan...
dia diibarat simpanan ilmu...
semoga kekal untuk diwariskan...

ujian untuk ummat...

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
apa yg aku lalui ku harapkan pengampunan dari mu Ya ALLAH...
aku lemah...
aku jahil dengan amalan ku...
aku bukan hambamu yg taat...
aku gagal melaksanakan segala arahan mu...
kerna aku manusia aku mohon pengampunan mu Ya ALLAH...
Dikau maha mengatahui...
atas ape yg ada dibumi dan seluruh alam...
apa yg terjadi atas kekuasaan mu Ya ALLAH...
dan diri ku yg kerdil ini hanya bisa meminta...
doaku disusuli setelah ku usaha segalanya....
dan aku tawakal dengan segala ujian mu...
aku x layak memohon syurga mu...
tapi aku juga takut untuk memasuki neraka mu...
jangan hendaknya diriku dibiarkan lalai dari mengingatimu Ya ALLAH..
akhirkan la hidup ku dengan agama mu....
andainya ajalku tiba...
luaskan kuburku...
terangkan ia seluas alam mu...
bentangkan keindahan untuk ku...
tidokan diriku dengan kebahagian mu hingga dibangkitkan kelak...
andai segala ujian yg dikau turunkan demi menghapuskan dosa2 ku...
dikau berikan diriku kekuatan demi menempuh segala ujian...
biapon aku jatuh berkali kali...
biarpon aku tersadai di penjuru dunia..
demi taubat padamu...
ia hanya penghalang sementara...
hidup dan mati ku hanya milik mu Ya ALLAH...

sepi...

aku kesorangan..
malam gelapku seperti selalu...
tiada teman disampingku...
aku jauh dari segalanya...
aku masih menanti....
mananti seperti selalu...
dikau yg sering senyap membisu...
aku tidak tahu ape salah ku...
dikau sering diam tanpa aku tahu...
cukup sukar aku mengerti apa yg terjadi...
kerna aku x mampu membaca fikiran mu...
aku cuba mengerti dalam keliru...
dimanakah kamu...
aku memerlukan perhatian mu...
aku memerlukan kasih mu...
dan aku amat merindui dirimu...
kini ku cuba mengubat hatiku dengan membuang segala perasaan...
hatiku kosong...
ku cuba biarkan ia hilang tanpa aku membencimu...
dan aku masih menunggu kasihmu itu...
kerna aku ade rasa cinta dalam hati ku...

nama mu teratas bermain dijiwa........

Monday 19 April 2010

air mata...

tiba2 hati ku merasa sebak...
aku x tahu mengapa..
tapi aku cukup takut dengan perasaan ini....
zahirnya aku cuba tenang namun batinnya aku sedang menangis....
aku tiada jawapan untuk itu ..
mgkin aku belom bersedia kongsikan semua ini disini...
jiwa ku tidak tenang..
hatiku merasa hiba...
fikiranku melayang layang entah kemana..
aku cuba biakan semua ini berlalu pergi..
tapi ia tetap akan datang kembali...
penuh dengan teka teki yg harus kucari...
sedikit cahaya pon aku tidak mampu melihat...
adakah ia satu petanda....
aku sendiri masih tercari cari jawapan bg persoalan ini..
tiada mimpi mahupon bayangan yg hadir...
siang dan malam ku masih sama seperti dahulu...
masih kabur untuk ku lihat..
ku jeling seketika kelangit...
tiada bintang yg berkedipan...
angin sepoi sejuk membelai belai tubuh ku...
adekah ia indah untuk ku....
aku dalam kedukaan...
tiada keindahan mampu kurasai....
apa yg ada hanya tanda tanya sebuah persoalan...
ku curi satu tanda dalam seribu cerita untuk ku singkapkan dalam sebuah bicara antara 2 benua cinta...

Sunday 18 April 2010

tinggalkan aku disini....

apa yg tinggal untuk ku....
dikau pergi tanpa menoleh kembali ...
dikau pergi tanpa aku mampu mengerti...

aku lemas dalam rindu, aku tenggelam dalam tangisan...
kau telah pergi dari sisi ku..
tapi masih ade yg kau tinggalkan dalam kalbuku...

rimbun dan redup kasihmu berkisar di dialam mimpi..
dikau tempat ku berpayung dan berteduh...
dimanakah dapat ku rebahkan rasa gundah ini...
dikau pengasih dan penyayang...

aku masih terleka menunggu kasihmu walawpon ku sedari hakikatnya...
ooohhh nyamannya bila di pelukan rindumu...
mengimbau kasih sentosa mu...
dikau membuat aku menitiskan air mata ini...
tanpa ku sedari pipi ku dibasahi dengan kerinduan...

wanita..

~~Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi
dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,

Engkaulah wanita hiasan duniawi,

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan ~
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa .............

aku merinduimu...

kemanakah kamu pergi...
aku mencarimu sehingga saat ini..
aku memerlukan kasih darimu disaat aku terduka sebegini...
aku insan yg lemah sama seperti insan yg laen...
aku juga dicipta untuk menyayanggi dan disayanggi kerna aku juga manusia..
dalam kuat aku juga lemah dalam tabah aku juga bisa jatuh...
datang la wahai hati yg bisa mengoncang setiap penjuru dunia...
kemanakah kamu dalam hidup ku..
aku masih menanti dirimu...
aku tidak minta kesempurnaan dalam diri mu kerna aku juga tidak sempurna..
aku mengimpikan sebuah hati yg mampu membuatkan aku tersenyum seperti mana aku juga akan membuat dirimu tersenyum..
alangkah indahnya ia apabila saat2 itu tiba...
wahai ratu hatiku hadirlah dalam siang dan malam ku...
hadirlah sebagai penyeri dalam kamus hidupku..
mengertilah bahawa aku mencintaimu, aku menyayangi mu...

Monday 12 April 2010

keboringan dihujung minggu....

minggu ni aku dok sorang2 kat umah sbb abgku pulang ke kampung atas beberapa urusan...
dan aku yg keboringan dan keseorangan xdok kerja ~hehe~...
kene la timenye ni coz kawan sekerja aku ajak kua gi central market...
ikotkan dah lame dia ajak pergi situ tapi aku malas nk kua :p
awal2 aku dah basuh baju sbb aku mmg ske merancang dulu sebelum wat ape2 kalau boleh sbb aku nk ia sempurna ~berjalan~
seperti yg dijanjikan 9.30 aku dah tepacak kat petronas selayang dok tunggu mamat sorang ni x sampai2 keh3...
padahal dok punya la dekat tapi mcm dok jauh dari aku plak ceh keh3...
tepaksa la aku dok menunggu dia...
aku mmg x ske bab ni menunggu orang haha kalo boleh aku suke orang yg berjanji dengan aku tepat ikot masenye...
coz aku pon x ske orang menunggu aku ~janji perlu ditepati~
bile dia sampai aku pon follow la dia ke pusat bandar hehe terus ke central market...
dok jalan2 kat kawasan tu sambil amek pemandangan haru biru kuala lumpur... "gambar2 di bawah "....
kat situ ade gerai member dia dok juai burger...
kita orang pon melepakkan lah diri disitu sambil minum2 n melihat telatah manusia kat central market tu...
ermmm ramai jgak warga asing x tau la orang mane tapi kebanyakan mat salleh la yek....
atas sbb aku dah boring melepak kat situ aku ajak la mamat tu jalan gi dataran...
kita orang jalan kaki je gi sane coz dekat je dengan central market tu... "di bawah adelah gambar gambaran aku yg kegilaan keh3.."
dah abis sesi fotografi aku kat dataran tu ape lagi pusing2 la kita orang gi masjid india dok menyusur jalan2 tu la, gi sogo n patah balek coz maleh nk masuk sogo tu pon haha...
penat betul bersiar siar mengunakan kaki ye haha ...
pastu aku ingatkan nk balik tapi mamat tu ajak gi umah mak angkat dia kat damansara prima..
aku pon memfollowkan diri la haha...
kat situ mak angkat dia plak kua ade hal n tinggal la anak2 dia je...
anak2 dia pon nk kua, tinggal la aku dengan mamat ni jela... perut dah lapa ni hehe..
mamt ni masak nasi lauk gi beli kat kedai...
punyala lapar sampai bertambah tambah la aku keh3...
kene pulak kuah dia asam pedas fuhhh "kegemaran aku" mmg la x puas makan hihi...
ermm....
sekarang dah tembam skit kot keh3 :P

Saturday 10 April 2010

Jangan meminta upah untuk berdakwah...

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. لا إله إلا الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Allah tak pernah perintah Rasulullah Muhammad SAW untuk bisnes dalam menyebar ilmu. Allah memerintah agar tak mengambil upah dalam menyebar ilmu.

Bila dahulu para sahabat menyebarkan ILMU dengan meminta upah pada rakyat, atau melarang menulis tanpa bayar upah padanya, maka Islam yang mulia ini TIDAK akan pernah sampai pada kita.

Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, Maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (QS. 6 AL-AN’AM:90)

Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan orang-orang yang mau mengambil jalan kepada Tuhan nya. (QS. 25 AL-FURQON:57)

Atau kamu meminta upah kepada mereka?", Maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah pemberi rezki yang paling baik.
(QS. 23 AL-MU’MINUUN:72)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':109)

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':127)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':145)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semeta alam.
(QS. 26 Asy Syu'araa':164)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (QS. 26 Asy Syu'araa':180)

Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak Mengetahui".
(QS. 11 HUUD:29)

Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan?" (QS. 11 HUUD:51)

Katakanlah: "Upah apapun yang aku minta kepadamu, Maka itu untuk kamu[**]. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu". (QS.34 SABA’:47)

[**] Yang dimaksud dengan Perkataan ini ialah bahwa Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka. tetapi yang diminta Rasulullah s.a.w. sebagai upah ialah agar mereka beriman kepada Allah. dan iman itu adalah buat kebaikan mereka sendiri.

Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas da'wahku dan bukanlah aku Termasuk orang-orang yang mengada-adakan. (QS. 38 SHAAD:86)

Jika kamu berpaling, aku tidak meminta upah sedikitpun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku Termasuk golongan orang-orang yang berserah diri".
(QS. YUNUS:72)

Dan kamu sekali-kali tidak meminta UPAH kepada mereka, itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam. (QS. 12 YUSUF:104).

Menyampaikan islam & mengajar mengaji itu lain, dalam mengajar mengaji maka Rasulullah Muhammad SAW membolehkan upah yg diambil dari Baitul Maal.

Thursday 8 April 2010

Bicara Hati...

menunggu detik jam 11.30 pm...
dan hatiku berdebar debar...
tanganku mencari satu nama yg selalu ku jerling ke hpku kerna aku sentiasa menunggunya...
dan aku membuat satu panggilan...
salam diberi olehnya dan ku balas balik salamnya dalam keadaan senyuman...
x tahu kenapa wajahku akan tersenyum apabila berbicara dengannya... :)
dan aku tahu dia yg kepenatan dan kemengantokan...
x sampai hati ku membiarkan dia dalam keadaan begitu...
namun hati dia degil dan tetap mahu berbicara dengan ku hehe :)
dengan rse senang hati aku memenuhi hajatnya...
aku berbicara manja wlwpon aku x cukup manje hahahaha :P
dan bile sampai masenya dia tido aku meluahkan rse hati ku padanya...
dan aku cukup tersenyum bile luahan hatiku itu terbalas akhirnya...
aku cukup terasa bahagia...

biarpon kecil sebuah harapan tapi ia lebih tinggi dari gunung yg ada didunia ni, lebih dalam dari sebuah lautan dan lebih luas dari bumi ini... :) i'm happy...thanks ALLAH...

Kerna cinta untuk mu...

faham lah wahai hati...
di mana saja dikau berada pasti ia berpaksi....
biar pon kita x punyai kenangan bersama, ia bukan penghalang..
saat2 mengenali mu bia pon berbeza dari orang laen tapi itulah yg terindah...
membiarkan ia berlalu pergi bukan cara ku...
mengenalimu biar pon sesaat lebih bermakna dari yg kamu tahu...
dalam mencari saat2 itu bukan bicara yg aku nanti...
detik waktu sentiasa berputar tanpa menoleh kembali...
cukupkah masa yg kita ade untuk mengenali sebuah hati...
tiap saat yg lepas x mungkin boleh ditarik kembali..
aku menangis dalam sepi...
aku menangis disaat ini...
kejernihan air mata jatuh tanpa disedari..
kehangatannya dapat dirasai...
hakikat sebuah cinta..
suatu hari nanti pasti kesuciannya teserlah jua...
perbezaannya terlihat antara kita...
sinarnya pasti kembali...
suatu hari..
dan ia menanti dalam hari2 demi hari....

kerna cinta ku untuk mu....

Tuesday 6 April 2010

accident...

depan mate aku dia jatuh beterabur coz langgar anjing....
sib baek aku jauh dari motor depan dalam jarak 100m...
coz aku pon xkan sempat tekan brake lau dekat dengan mamat tu...
time tu waktu pagi hari ni ( nk pergi kerja) ...
aku bawak abg aku sekali coz motor abg aku kan rosak..
pagi tu mmg nasib baek coz minyak moto aku tinggal paras2 nyawa..
jadi aku pon bawak sepelahan yg mgkin..( selalu bawak laju cm peleset :P)
tgh bawak moto secerkap yg boleh top2 ade sekora anjing lintas depan moto mamat tu...
anjing tu tersorok dari pandangan tau2 dia kua je lintas jalan...
mamat tu ape lagi brake mengejut la tapi tetap berdentum langgar anjing tu...
puhhh berterabur dia jatuh kat jalan tu..
sib baek time tu sume kete tgh behenti cz lampu merah...
lau x sah2 kene leyek kot mamat tu...
aku pon terkejut top2 mamat tu jatuh lepas langgar anjing tu, ape lagi aku pon srett la tekan brake...
tapi pasal sorang india ni dah tolong mamat tu aku pon x jadi la behenti aku belah je la lagi pon aku dokkeja mase masuk keje...cian aku tgok anjing tu dok terjerit jerit sakit cz kene remboh moto mamat tu...pendik cite aku x sanggup nk tgok ape jadi kat mamat tu terus aku blah...

abeh tebarai...


tu engine motor abg aku...
abeh dia barai sebab jem kat bearing rod dia...
x pasai2 melayang la RM 245 lebih kurang la pasal jem ni kne tuka bearing cranshaft dia...
dah la tu jadi time nk balek kampung aritu...
jem kat hentian pedas...
x pasal2 aku dok menolak sejauh 30 km lebih kurang la sampai umah sbb ni hehe..
sib baek la aku bawak moto sendiri leh la cover satu lagi moto lau x dok jalan kaki la balek kampung ;p hehe..
perh ni laju la moto abg aku tu pasai kasi tukar masuk bearing crankshaft racing hehe...
abeh la moto aku tinggal belakang...
cis ni xadil :( hahaha...

my laptop...


sokong chelsea...
laptop biru, motor i pon birukan kehkehkeh...
sib baek kulit i bukan biru huhu...
ceh saje je mengatai nk taruk biru cz tu je yg cantik hehe...
padahal x minat pon dengan bola haha...
i paling minat F1 je yeee ...
n satu lagi moto gp...huhu...
tu yg bawak laju cm nk pecah engine cz gile kelajuan haha..
(amaran kelajuan x baek tok kesihatan :P)

Terliurnye...





ni la ayam kampung kesukaan aku....
aku balek kampung aritu...
dulukan aku penah cite sebelum ni yg mak aku ske bekalkan aku lauk bile aku balek....
4 ekor mak aku tombangkan tok aku hahaha :P
ceh cite ni mcm dah time hari raya korban pulakkan hehe...
ayah aku tukang sembelih dan aku tukang pegang...
nk uruskan ayam kampung bukan senang cz ayam nikan liat skit..
dah sembelih mak aku panas kan air tok rebus..
bile dah rebus tu senang la skit nk buang bulu ayam tu kan (sebenarnya masih x senang sbb liat benor bulu tu nk tercabut) hehe...
aku pon tolong2 la mak aku mencabut bulu2 ayam tu haha besh jugak kasi togel ayam2 tu...
pas dah bersih sume bulu2 tu ape lagi kasi panggang la cm gambar kat atas...
mmg kemahiran aku memanggang ayam (banyak sangat terpengaruh tgok cite2 pergembaraan dorangkan selalu panggang mcm2 terutama TUT...hahaha..)
aku kasi api besar2 sbb senang nk bg bulu2 yg halus2 kat ayam ni rentung haha tu pasal hitam je ayam yg aku panggang tu :P....
bile ayam tu dah mendidih sampai kua minyak lagi besh sbb api tu akan bunyi pishh3 cm bakar satey haha..
pas bakar kasi bersih bulu tu baru la boleh potong2 kecik2 senang nk masak hee...
aku dah mcm rentung same dengan ayam tu sbb dok panggang 4 ekor mcm panggang kambing sekor lame benor nk kasi bulu2 tu ilang hehe...
pehhh sume siap mak aku kasi masak rendang la hehe perhhh mmg terliurrr sehhh...:P


Friday 2 April 2010

Erti hidup...

mencari erti hidup...
tercipta satu anugerah dalam alam ini dengan hidupnya diri kamu..
kamu bagai mimpi yg dulunya tidak nyata tpi akhirnya kamu muncul menjadi nyata...
dirimu amat beharga lebih dari segalanya..
kamu hidup hanya sekali didunia ini...
langkah mu sentiasa dihitung..
sedetik denyupan jantungmu amat bermakna...
tanpa hadirnya kamu didunia ini pasti sejarah xkan sama...
sekeliling mu ade yg menanti mengenali mu...
dan masa silih berganti selangkah kehadapan tanpa menoleh kebelakang....
mensia siakan hidup mu bukan tujuan kamu tercipta..
biakan sejarah berlalu pergi dan teruskan selagi jasadmu masih terisi...
berbicara la dengan hati untuk kamu mengerti tujuan kamu disini...

Thursday 1 April 2010

Bulan 5......

bulan yg menjadi penentu segala...
dan aku pecaya tentang itu...
tuhan lebih tahu...
aku hanya mampu memilih...
yg menghendaki hanya tuhan...
berikan diriku petolongan ...
berikan diriku petunjuk...
jalan2 yg lurus hanya milikmu..
jgn hendaknya disesatkan aku dari petunjukmu...
aku pasrah dengan segalanya...
kerna mgkin itu yg terbaek atas segalanya..
yg hidup pasti mati...
yg mati pasti pergi...
apa yg indah adakalanya bukan permata..
apa yg buruk belum pasti kaca...
biakan ia pergi andai itu pasti...

meratapinya pasti sepi..................................................

Erti Cinta....

Cinta itu wujud pada diri kamu......
cinta itu adalah sebuah kasih syg...
same seperti kamu menyayangi diri kamu, ibu bapa kamu, adik beradik kamu dan orang disekeliling kamu....
cinta pada pasangan kamu lelaki pada perempuan dan sebaliknya adelah sebuah perasaan yg telah dimasukkan oleh ALLAH dalam diri setiap insan...
mencari cinta terletak pada tangan2 kamu dan penentu segalanya terletak ditangan yg kuasa (ALLAH)...
mencari cinta yg abadi x mudah....
pasti ade sesuatu yg menarik kamu dalam mencintai pasangan kamu...
mungkin pasangan kamu itu telah menarik hati kamu dengan sikap dan akhlaknya atau keturunannya yg baek2 atau agamanya yg satu (Islam) atau sebagainya yg baek kerna dia lah pasangan mu didunia dan akhirat kelak..
kamu x perlu mencari kesempurna pada pasangan kamu kerna tiada manusia didunia ini sesempurna itu...
akan ade pastinya sesuatu kelemahan yg harus kamu terima dan kamu cuba ubah menjadi lebih baek andainya kamu mampu...
andai kamu menemui seseorang yang kamu amat kasih kerna kamu nampak sesuatu yg kamu impikan atas kebaikan pasangan kamu itu hargai la ia...
andai kamu terlepas ia pasti kamu menyesali, namun mgkin akan ade lagi yg lebih baek untuk kamu dari ALLAH...
melepaskan pasangan kamu itu mgkin perit bagi kamu tapi yakin la akan ade pastinya akan datang lebih baek untuk kamu (insyaallah)...
lelaki yg baek untuk wanita yg baek...wanita yg baek untuk lelaki yg baek...

Alam semesta tercipta dari kosong.......

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Dan zaman ini ialah zaman ilmu pengetahuan, apakah Qur'an dapat mengikuti perkembangan zaman???

Asal mula alam semesta digambarkan dalam Al Qur'an pada ayat berikut:

"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al Qur'an, 6:101)

Keterangan yang diberikan Al Qur'an ini bersesuaian penuh dengan penemuan ilmu pengetahuan masa kini.

Kesimpulan yang didapat astrofisika saat ini adalah bahwa keseluruhan alam semesta, beserta dimensi materi dan waktu, muncul menjadi ada sebagai hasil dari suatu ledakan raksasa yang tejadi dalam sekejap.

Peristiwa ini, yang dikenal dengan "Big Bang", membentuk keseluruhan alam semesta sekitar 15 milyar tahun lalu. Jagat raya tercipta dari suatu ketiadaan sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal.

Kalangan ilmuwan modern menyetujui bahwa Big Bang merupakan satu-satunya penjelasan masuk akal dan yang dapat dibuktikan mengenai asal mula alam semesta dan bagaimana alam semesta muncul menjadi ada.

Sebelum Big Bang, tak ada yang disebut sebagai materi. Dari kondisi ketiadaan, di mana materi, energi, bahkan waktu belumlah ada, dan yang hanya mampu diartikan secara metafisik, terciptalah materi, energi, dan waktu.

Fakta ini, yang baru saja ditemukan ahli fisika modern, diberitakan kepada kita dalam Al Qur'an 1.400 tahun lalu.

Sensor sangat peka pada satelit ruang angkasa COBE yang diluncurkan NASA pada tahun 1992 berhasil menangkap sisa-sisa radiasi ledakan Big Bang.

Penemuan ini merupakan bukti terjadinya peristiwa Big Bang, yang merupakan penjelasan ilmiah bagi fakta bahwa alam semesta diciptakan dari ketiadaan.

Hal yg baru dapat ditemukan oleh peralatan terakhir di zaman modern abad 20 ini, telah dinyatakan Qur'an 1400 yang lalu.

Jadi,,, 1 lagi BUKTI,,, Islam TERBUKTI BENAR!
DARI ILMIAH,,,, Islam terbukti Benar
DARI KITAB LAIN,,, Islam terbukti Benar

Malam yg gelisah....

Malam ni aku amat2 gelisah....
aku merindui seseorang...
dah aku cube untuk tahan perasaan ni tapi x mampu....
aku ingin seperti selalu...
dah lame aku x Ym atau msj kamu....
malam ni malam yg amat gelisah untuk ku...
mgkin sbb satu hari ni aku x tahu tentang kamu....

aku cuba untuk tahan perasaan ini tapi aku x mampu...
kabarkan la tentang dirimu wlwpon sepotong ayat..... :(