WELCOME

sisihkan keresahan carilah kedamaian

Tuesday, 28 September 2010

cinta yg pernah hadir...

jika kamu pernah hadir dlam hidup seseorg, kamu adelah istimewa untuknya...
jika kamu bukan takdir untuknye, ia adelah kekecewaan baginye...
jika kamu dimintak pergi dari muncul didepannya,sebenarnya dia mengharap kamu disampingnya..
jika dia cube berbaek dengan kamu, sebenarnye dia tetap sygkan kamu..
jika dia cube menjauhkan diri darimu, sebenarnye dia lebih berharap kamu melupakannya..
jika dia masih ingin ambil tahu tentang kamu, sebenarnye dia ingin tgok kamu berbahagia...

setiakah lelaki...

jika lelaki mencintai lebih dari seorang dalam mase yg sama adekah itu bermaksud dia x setia dan curang?
jika lelaki tidak dapat menghilangkan kasih sygnye pada pmpn yg pernah disayangi wlwpon telah ade peganti adekah itu bermaksud dia bukan lelaki yg setia pada cinta?
adekah cinta itu perlu hilang sekiranya telah bertemu dengan org baru dalam hidup?
adekah Allah mencipta lelaki perlu sama seperti perempuan mencintai hanya seorang seumur hidupnya?
dan kenapa Allah hanya membenarkan lelaki berkahwin lebih dari seorang dalam satu masa?
salahkah perkara2 diatas?
mgkin fakta dibwah boleh menjelaskan....

POLIGAMI: Mengapa Halal Poligini & Mengapa Haram Poliandri?
Jump to Comments
POLIGAMI

Soalan:
Mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam?Iaitu mengapa poligami dibenarkan dalam Islam?

Jawapan:

1. Definisi Poligami
Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali.
Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri.?

2. Al-Quran satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab2 tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.
Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai mana yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak mengehadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.
Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai 3 isteri manakala Sulaiman, mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut Islam.Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut Islam.
Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.
Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.
Seperti yang telah disebutkan, Al-Quran satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:
“Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.”
[An-Nisa’ 4:3]
Sebelum Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.
Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmannya:“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu…..”[An-Nisa’ 4:129]
Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam:

a) Fardhu, iaitu Wajib atau perlub) Mustahab, iaitu disyorkan atau digalakkanc) Mubah, iaitu dibolehkan atau dibenarkand) Makruh, Iaitu tidak disyorkan atau digalakkane) Haram, iaitu dilarang atau tidak dibenarkan
Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di Negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, 1/3 merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada 25 juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada 30 juta wanita di Amerika Syarikat yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai 20 juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada 4 juta wanita, 5 juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja 9 juta wanitanya akan gagal mendapat suami.
Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang tinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.
Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.
Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalam untuk memelihara maruah wanita.

POLIANDRI
Soalan:
Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?

Jawapan:
Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:
1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk.
Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita. Ini kerana Allah mengurniakan naluri kasih dan cinta lelaki tidak sama dengan naluri kasih dan cinta wanita. Naluri inilah yang mengangkat lelaki menjadi ketua dalam keluarga.

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seks di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.
Alasan-alasan di atas adalah alasan yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.

Monday, 27 September 2010

adekah perlu...


perlukah air mata ini menitis kerna kamu...
kenapa kamu hadir ketika ini...
aku x ingin air mata ini menitis lagi..
tapi ia x penah mampu ku tahan...
ohh perasaan...
mengapa perlu sebegini...
aku tiada tempat mengadu..
dan ku simpan sendiri....
hanya kamu saja yg tahu...
syg!!!
aku x ingin imbas kembali..
ia hanye membuat aku lebih syg pada kamu...
aku x mahu....
pergi la kamu tanpa tahu akan aku...
aku mampu hadapi yg lain tapi bukan kamu...

Sunday, 29 August 2010

ReUnion-----2010





tanggal 28 aribulan 8, 2010 ..
mgkin boleh dijadikan salah satu saat2 untuk dikenangkan nanti...
dah lame aku x jumpe member2 satu sekolah menengah dulu...
hampir lebih 6 tahun aku menghilangkan diri dari dunia...( dunia dorang la )
aku bertemu dorang pon secara kebetulan apabila salah satu member sekolah dulu add aku dlm facebook...
aku x bape kenal dia..
satu hari sebuah kad jemputan telah di post kan pada facebook aku..
bermula dari situ lah petemuan demi petemuan kepada member2 aku sorang demi sorang aku add...
syukur sbb sebelum ni aku sorang je yg dorang x dapat contact..
pada tarikh 28 haribulan 8, 2010 aku telah dijemput untuk menghadirkan diri bebuka puasa bersama dorang...
kira untung la jgak sbb salah sorang dari dorang yg payung sume hehe.. :P
ikotkan ati mmg aku malas nk gi sbb minggu depan nye pulak 5 aribulan aku da mula cuti dan balek kampung..
tapi bile di kenangkan semangat member sorang ni yg bernama ADZIRA pujuk aku datang...
dah la dia yg payung sume kos perbelanjaaan bebuka puasa tu pastu beria ria nk aku hadirkan diri..
biler di pikir pikir kan balek aku serba salah..
hampir lebih 6 tahun aku x jumpe dorang ape salah nye aku luangkan sedikit mase tok dorang kan hehe...
so dengan muke x segan aku hayun je la cakap aku akan hadirkan diri bersama teman setia ku hehe..
sape tu teman setia ???
agak2 korang taw2 la sendiri k hehe..'
tempat dorang adakan juga amat istimewa..
dah la Melaka tempat kesyangan dan ketenangan aku, so x rugi aku balek..
aku rindukan Melaka..
mmg jauh ketenangan yg aku rasai berbanding Kuala Lumpur ini..
restoren terapung ikan bakar port supai..
mmg giler sunyi dan jauh dari kesesakan kenderaan..
atas kawasan tepi laut..dan penghujung Kuala Linggi..
aku cukup happy dengan telatah dorang same seperti zaman2 persekolahan dulu..
cukup la aku ni tekenal dengan kaki gado mulut dengan aweks2 sekelas aku lerrr haha...
nk wat cmne da aku ni pro sangat x kisah dan peduli aweks ke ape ke haha... (xde cintan2 haha )
tapi tula yg membuat kan dorang kenal aku dan ingat pada aku..
padahal aku sendiri mula2 dah x bape nk ingat name dan rupe ( coz muke dorang da berubah skit hehe)
buat kawan2 aku, aku betul2 rindukan zaman2 persekolah kita bersama..
cukup dengan pelbagai kenangan..
biarpon korang buli aku hahha aku x kisah..
itula yg membuatkan korang menghargai aku sampai sekarang..
thanks untuk semua ini..
dan buat teman aku yg tersayang..
thanks sudi temankan hingga ke Melaka...
bukan selalu dapat buat cmni kan2 so thanks sudi luangkan mase...
dan buat sesapa sahaja yg mengenali aku...
aku ingin memohon maaf dari ujung rambut hingga keujung kaki..
maafkan salah silap aku samada secara sedar ataw tidak sedar..
aku juga manusia biasa..
penuh dengan kelemahan...
idop ini amat singkat sesingkat kerdipan mata..
cukup la untuk membenci ataw dibenci..
ku mohon keampunan segalanya..
ku ukirkan ini bukan kerna ku ingin menagih simpati tapi kerna aku takot andai aku tidak sedar apa yg aku lakukan melukakan perasaan...
dengan senyuman ku ukirkan seribu keampunan di bulan yg mulia bulan romadhan ini..
apabila aku mengenali dikau,
aku pasti,
ade yg akan terpahat pada hidupku,
kerna kau pelengkap perjalananku,
kerna kau aku kenal,
kerna kau aku belaja,
kerna kau aku punya kenangan,
kerna kau aku ade perasaan ini,
dan dikau tiada peganti,
kerna kau yg teristimewa...

Sunday, 1 August 2010

Mandi Manda...

hari ini AHAD...
1 August...
pagi2 buta lagi aku da basuh baju selepas solat subuh...
hari ni ade sesuatu istimewa nk aku ceritakan..
sepanjang aku dok selangor ni da hampir1 tahun 7 bulan sekali pon aku x penah gi mandi manda kat mane2 bahagian selangor ni haha..
hari ni la hari yg x kan aku lepaskan...
abg aku pon join same la gi mandi mande..
kir2 kul 9.30 baru la nk gerak...
padahal aku da siap2 tunggu kul 8.30 gi setelah abis semua baju aku basuh dan ampai...
abg aku la taw2 lambat hahaha...
Destinasi utama ->>> Batang Kali.....
perjalanan dari Ampang --> Batang Kali..
tapi!!!
sengaja diberhentikan di hentian selayang...
sbb pe lagi la perot gua da lapo2 la hehehe..
carik2 kedai melayu satu pon xdeknye bukak..
pom2 gi la kedai mamak...
pekena roti canai 2 keping dan air milo ais..
kenyang la jugak sampai naek mengah perot aku...
dari selayang masuk ulu yam...
perjalanan agak berbahaya, kerna laluan kenderaan yg agak sempit dan berbukit bukau dan berselekoh tajam...
Ulu Yam --> Batang Kali
nama tempat "Sungai Batang Kali"..
Batang Kali --> Genting...
hahahha x sampai pon genting walawpon da agak2 dekat la dalam 27 kilometer lagi...
Fokus ->>> mandi manda...
tibe2 sampai..
"aik" pehal lak ni ramai..."aduhh kacau line tol le dorang ni"..
Masalah pertama..
nk seberang sungai yg deras...
"mcm kene serang kat perut ngan ikan jerung je nk seberang sungai ni"
hampir2 tergolek ditolak arus..
uishhhh sib baek x tergolek law x berderai arrr hanpon dan kamera hehehe...
Masalah kedua..
nk wat BBQ tapi si kawan sorang ni leh lak surat kabar nk jadikan umpan ade kat tangan org laen lak..
dan org tu lak lambat sampai..
adoiiii.....
berhempas pulas la meghidupkan api beramai2 guna ape bahan alam semula jadi kat sekeliling...
hidop la jugak..
Masalah ketiga...
nk mandi tapi ade lak sepasukan tentera mana tah datangnye menyebok ramai2 hahahha....
ni bukan tetera yg g perang tu taw..
ni tentera yg dok memekak je keje nye poning otak aku...
bile dorang da caaw baru arrr dapat mandi dengan aman dan damai....
Masalah keempat...
ade pmpn ni ha kawan pada kawan aku datang mandi same tapi dok nakai panjat2 alik2 jatuh terduduk..
dah di pendik kan cite mgkin tulang punggung dia patah ke x taw la..
kene panggil ambulan dan bomba tolong anta hospital
Masalah kelima...
ari da petang aku da ngantok..
elok je aku membongkang kat belakang hahahhahaha.....
sampai umah baru bangun...

Pertama kali aku takot untuk mengenali....

kali petama aku mengenalinya...
aku sendiri takot untuk terus mengenalinya...
aku juga takut untuk seperti orang laen yg pernah gagal dalam bercinta..
aku cube untuk kenal akan dia...
hari demi hariku adelah ruang yg aku buka kan untuk kenal akan dia..
betul!
kali petama aku kenal dia aku x pernah jatuh hati padanya seperti aku jatuh hati pada org yg pernah aku sayangi..
aku sendiri x tahu mengapa...
hari2 berlalu dengan pantas...
ade kasih yg aku nampak darinya...
dia menyayangi aku seadanya aku ini..
aku tahu..
aku bukan lelaki yg cukup baek..
ade yg lebih baek dari aku..
tapi tidak sedikit pon aku nampak dia kesahkan akan itu...
dan aku juga mula berfikir sesuatu...
aku mengambil masa untuk melafazkan satu perkataan...
kerna aku takut juga terkecewa....
bila aku da ade sedikit keyakinan...
aku jalinkan sebuah ikatan...
aku ikat sebuah ikatan dengan sebuah ikatan lebih mesra...
aku bukan mengharapkan dia mencintai aku dengan ikatan yg aku simpulkan itu..
ikatan yg ku simpulkan itu adelah tanda untuk aku sendiri tidak mencintai orang laen..
seperti mana sebuah ikatan suami isteri, tiada erti cinta laen selain isteri...
kerna aku tahu saket sebuah pepisahan...
sehingga sekarang aku terus dan terus untuk mengenalinya...
hari demi hari adelah sebuah perjalan untuk terus kenal dan mempelajari..
kerna aku manusia...
andai aku gagal..
tiada ape yg lebih bermakna dari merasai erti sebuah kegagalan...
belaja dari kegagalan dan suatu hari aku pecaya aku akan lebih menghargai sebuah cinta...

Aku rindukan....

Assalamualaikum...
sudah lame aku x mampu mencoret coretkan kamu...
rindu pada kamu...
kamu x pernah menghampakan aku..
kamu pendengar yg setia..
kamu x pernah menyatakan aku salah atau aku betul..
kamu adelah aku dan aku adelah kamu..
kamu mencorakkan hidupku..
kamu menghilangkan kesepian ku bila ia hadir..
kamu pelepas segala cerita suka dan duka ku...
kamu adelah aku dan aku adelah kamu..
kamu adelah kawan ku yg paling setia...

aku sygkan kamu!