WELCOME

sisihkan keresahan carilah kedamaian

Thursday 30 December 2010

Berapa banyak perlu aku korbankan.....

hidup ini x semudah seperti yg dikau lihat..
seberapa banyak sabar perlu aku tebalkan..
seberapa banyak kesakitan harus aku sembuhkan...
seberapa banyak kesedihan harus ku sorokkan...
seberapa banyak maaf harus ku ampunkan...
seberapa banyak tangisan harus mengalir..

tapi!!!!

seberapa banyak pula pengajaran akan aku dapati...

Wednesday 17 November 2010

aidil adha....

hari ini,hari pergorbanan...
mgkin setiap org berbeza dari segi pergorbanan...
ada hari mgkin kita lalui dengan rase gembira...
ada hari mgkin akan kita lalui dengan dukacita...
banyak yg perlu dikorbankan..
hati ini perlukan kesabaran..
antara pergorbanan yg besar dalam hidup..
akan ada satu hari kita perlu berkorban...
dalam hati kita x mahu itu terjadi,tapi takdir x mungkin boleh dilawan...
biler kita hilang sesuatu yg pernah hujud dalam kehidupan, kita pasti kesal...
namun kita xkan mampu mengubah apa yg telah terjadi...
suka ataw sedih bukan pilihan kita untuk tidak menerima sesuatu yg terjadi...
disinilah kesabaran perlu ketika ini...
mgkin kita lemah, tapi kita perlu cuba..
mgkin kita akan menangis, tapi itu hanya seketika...
hari ini, mgkin salah satu hari yg cukup sepi..
hilang sesuatu yg kita telah cube untuk tidak kehilangan...
hari ini juga sesuatu yg kini bernilai dalam hidup juga suram dan menyedihkan...
dua harta yg bernilai telah membuat hati ini suram...
mgkin tidak perlu org lain faham...
cukup la aku seorg merasai..

Tuesday 9 November 2010

kesian dia...

banyak sangat kesakitan yg dia alami....
x sanggup aku memikirkannya..
moga dia cepat sembuh...
ubat dah berbiji2 dia telan..
inject dah berkali kali...
tapi penyakitnye masih menghantui..
aku x taw nk wat ape dah..
hospital dah hantar dah tapi penyelesaian xjuga jumpe..
moga2 semuanya kembali sihat ye awak..
banyak2kan lah doa tu ye wak.. :)

Monday 8 November 2010

da..dii..duuu..

terhapus jua...
mgkin terlalu risau untuk segalanya...
dan sumenya dah ok...
syukur...
xmahu bersdey..
untuk ape sesuatu yg x perlu....
mgkin kerna syg..
x sanggup kehilangan...
ape2 pon hope semua nye akan baek2 segalanya :)

Wednesday 3 November 2010

guguran air mata....

kenapa ye...
aku x taw...
kenapa aku sdey ...
aku da beri semua kasihku...
kenapa dirimu seoalah olah x pedulikan aku...
aku jage hatimu sebaek baeknye...
kenapa dalam senyap dirimu membuatkan hatiku menangis...
semasa aku tiada disisi dirimu berubah..
seolh aku tiada dalam idopmu...
kawan2 mu lebih bermakna dari aku...
mgkin aku xpernah luahkan padamu...
kerna aku xmahu hatimu terluka..
tapi satu hari nanti dirimu tetap akan tahu...
aku simpan semua ini...
dan biler sampai masenye ia pasti jua akan terluah...
maafkan aku..
aku dah x mahu memikirkan apa2 selepas ini...
jika kita tiada...
disitu la saje cerita tentang semua cinta...

biakan laluan alunan ombak itu menghempas pantai..
aku hanya ingin menyusuri...
andai aku tersadai...
situlah penamat ku..
ohh tuhan...
sendirian itu mgkin lebih memberi ketenangan buat masa ini...

Saturday 30 October 2010

tangisan...

tiptop tiptop...
penghujung 2010 hampir tiba..
masa seolah olah x terasa berlalu..
pejam celik pejam celik umur ku dah 23 tahun...
hurmmm...
begitu juga dengan org2 sekeliling ku..
mgkin ketika hidupku aku pernah bertemu dan mengenali mereka tapi akan ada satu hari mereka pergi meninggalkan segala galanya....
mgkin kah satu hari nanti akan tiba giliran ku dan aku jua akan dikenang sebagai mana aku mengenang mereka yg pergi dahulu sebelum ku....
apakah sumbangan ku selama ini mampu dikenang dan disayangi oleh org2 sekelilingku..
aku jua x pernah pasti...
jikaaku titiskan air mata ini kerna pemergian org2 yg pernah ada dalam hidupku adekah diriku juga satu hari nanti akan ditangisi..
masa xpernah akan menunggu...
umur xkan pernah akan berhenti meningkat...
tenaga x kan kekal kuat menjelang satu ketikanya...
tangisan kekal akan menjadi sebuah tangisan yg xkan pernah padam dimuka bumi ini...
air mata ini x akan kering kerna disatu sudut dunia akan ade yg menangisi...........

Monday 25 October 2010

25 haribulan 10..




wajah ini....
aku ingin sentiasa tersenyum..
bukankah ia indah...
tahun demi tahun berlalu dengan pantas...
bagai kelipan mata, masa itu berlalu pergi...
sepanjang perjalanan ini aku ingin terus mempelajari...
waktu kecil ku,
waktu remaja ku,
waktu dewasa ku,
dan waktu tuaku...
x mungkin akan sama....
itulah yg membuatkan aku faham batapa perlunye aku redahi apa jua rintangan di hadapan ku..
aku hanya manusia...
penuh dengan kesilapan...
adekala masa2 lalu ku, adelah masa2 yg ingin aku tebus kembali...
kerna aku ingin membaiki segalanya...
masa terus berjalan..
tanpa masa itu menungguku...
dan aku tetap rindu tentang semua ini satu hari nanti..
aku pasti..
air mataku x mungkin dapat aku tahan lagi dari membasahi bumi...
Ya ALLAH..
lindungi diriku...
ampun kan daku...
bentangkan jalan2 yg lurus...
agar aku tidak terjerumus kelembah kehinaan mu..
temukan diriku dengan cahaya kegembiraan..
dunia ini hanya permainan semata mata...
dan aku lah yg sering tersesat didalamnya...
uhh..
tumpahkanlah kasih mu Ya ALLAH..
pada diriku yg kerdil ini..
lembutkan lah hatiku dengan ilmu mu...
dan keraskan hatiku dari dosa terhadapmu...
hidupkan lah diriku dengan tidak sia2 untukmu..
jangan la dikau ambil nyawaku dikala aku lalai terhadapmu..
jadikan lah sisa2 hidupku ini hanya untuk keredhoanmu Ya Tuhanku...
aminnn...

Wednesday 20 October 2010

MeRindUi PasTi....

rindunye...
entah kenapa aku rindukan sejarah perjalanan lalu...
aku sukakan perasaan ini...
bila kenangan ini diimbas kembali, hati ku sayup merindui...
masa yg berlalu x mgkin dapat ku undur kembali...
cerita yg lalu kini menjadi memori..
penuh suka dan dukanya yg mengajar untuk berdiri kini...
kalau boleh tidak mahu aku kehilangan segala memori ini kelak..
tiada bermakna tanpa kenangan...
ia mengajar erti kehidupan dari pengalaman..
kecilku,remajaku,dewasaku,dan hari tua ku, ingin ku simpan dalam ingatan ini selamanya..
biapon bukan semua akan dapat ku ingati, secebis cerita pon tetap tiada nilai untuk ku ganti...
ohh syg...
aku rindukan kamu..
kelak kamu pasti tetap akan ku rindui..
kamu cerita yg sentiasa dihati...
wahai teman, terima kasih kerna kamu pernah hadir melengkapkan cerita hidupku ini..
Aku Merindui kamu wahai sahabat2 ku.....

Tuesday 28 September 2010

cinta yg pernah hadir...

jika kamu pernah hadir dlam hidup seseorg, kamu adelah istimewa untuknya...
jika kamu bukan takdir untuknye, ia adelah kekecewaan baginye...
jika kamu dimintak pergi dari muncul didepannya,sebenarnya dia mengharap kamu disampingnya..
jika dia cube berbaek dengan kamu, sebenarnye dia tetap sygkan kamu..
jika dia cube menjauhkan diri darimu, sebenarnye dia lebih berharap kamu melupakannya..
jika dia masih ingin ambil tahu tentang kamu, sebenarnye dia ingin tgok kamu berbahagia...

setiakah lelaki...

jika lelaki mencintai lebih dari seorang dalam mase yg sama adekah itu bermaksud dia x setia dan curang?
jika lelaki tidak dapat menghilangkan kasih sygnye pada pmpn yg pernah disayangi wlwpon telah ade peganti adekah itu bermaksud dia bukan lelaki yg setia pada cinta?
adekah cinta itu perlu hilang sekiranya telah bertemu dengan org baru dalam hidup?
adekah Allah mencipta lelaki perlu sama seperti perempuan mencintai hanya seorang seumur hidupnya?
dan kenapa Allah hanya membenarkan lelaki berkahwin lebih dari seorang dalam satu masa?
salahkah perkara2 diatas?
mgkin fakta dibwah boleh menjelaskan....

POLIGAMI: Mengapa Halal Poligini & Mengapa Haram Poliandri?
Jump to Comments
POLIGAMI

Soalan:
Mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam?Iaitu mengapa poligami dibenarkan dalam Islam?

Jawapan:

1. Definisi Poligami
Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali.
Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri.?

2. Al-Quran satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab2 tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.
Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai mana yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak mengehadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.
Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai 3 isteri manakala Sulaiman, mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut Islam.Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut Islam.
Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.
Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.
Seperti yang telah disebutkan, Al-Quran satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:
“Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.”
[An-Nisa’ 4:3]
Sebelum Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.
Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmannya:“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu…..”[An-Nisa’ 4:129]
Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam:

a) Fardhu, iaitu Wajib atau perlub) Mustahab, iaitu disyorkan atau digalakkanc) Mubah, iaitu dibolehkan atau dibenarkand) Makruh, Iaitu tidak disyorkan atau digalakkane) Haram, iaitu dilarang atau tidak dibenarkan
Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di Negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, 1/3 merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada 25 juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada 30 juta wanita di Amerika Syarikat yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai 20 juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada 4 juta wanita, 5 juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja 9 juta wanitanya akan gagal mendapat suami.
Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang tinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.
Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.
Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalam untuk memelihara maruah wanita.

POLIANDRI
Soalan:
Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?

Jawapan:
Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:
1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk.
Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita. Ini kerana Allah mengurniakan naluri kasih dan cinta lelaki tidak sama dengan naluri kasih dan cinta wanita. Naluri inilah yang mengangkat lelaki menjadi ketua dalam keluarga.

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seks di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.
Alasan-alasan di atas adalah alasan yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.

Monday 27 September 2010

adekah perlu...


perlukah air mata ini menitis kerna kamu...
kenapa kamu hadir ketika ini...
aku x ingin air mata ini menitis lagi..
tapi ia x penah mampu ku tahan...
ohh perasaan...
mengapa perlu sebegini...
aku tiada tempat mengadu..
dan ku simpan sendiri....
hanya kamu saja yg tahu...
syg!!!
aku x ingin imbas kembali..
ia hanye membuat aku lebih syg pada kamu...
aku x mahu....
pergi la kamu tanpa tahu akan aku...
aku mampu hadapi yg lain tapi bukan kamu...

Sunday 29 August 2010

ReUnion-----2010





tanggal 28 aribulan 8, 2010 ..
mgkin boleh dijadikan salah satu saat2 untuk dikenangkan nanti...
dah lame aku x jumpe member2 satu sekolah menengah dulu...
hampir lebih 6 tahun aku menghilangkan diri dari dunia...( dunia dorang la )
aku bertemu dorang pon secara kebetulan apabila salah satu member sekolah dulu add aku dlm facebook...
aku x bape kenal dia..
satu hari sebuah kad jemputan telah di post kan pada facebook aku..
bermula dari situ lah petemuan demi petemuan kepada member2 aku sorang demi sorang aku add...
syukur sbb sebelum ni aku sorang je yg dorang x dapat contact..
pada tarikh 28 haribulan 8, 2010 aku telah dijemput untuk menghadirkan diri bebuka puasa bersama dorang...
kira untung la jgak sbb salah sorang dari dorang yg payung sume hehe.. :P
ikotkan ati mmg aku malas nk gi sbb minggu depan nye pulak 5 aribulan aku da mula cuti dan balek kampung..
tapi bile di kenangkan semangat member sorang ni yg bernama ADZIRA pujuk aku datang...
dah la dia yg payung sume kos perbelanjaaan bebuka puasa tu pastu beria ria nk aku hadirkan diri..
biler di pikir pikir kan balek aku serba salah..
hampir lebih 6 tahun aku x jumpe dorang ape salah nye aku luangkan sedikit mase tok dorang kan hehe...
so dengan muke x segan aku hayun je la cakap aku akan hadirkan diri bersama teman setia ku hehe..
sape tu teman setia ???
agak2 korang taw2 la sendiri k hehe..'
tempat dorang adakan juga amat istimewa..
dah la Melaka tempat kesyangan dan ketenangan aku, so x rugi aku balek..
aku rindukan Melaka..
mmg jauh ketenangan yg aku rasai berbanding Kuala Lumpur ini..
restoren terapung ikan bakar port supai..
mmg giler sunyi dan jauh dari kesesakan kenderaan..
atas kawasan tepi laut..dan penghujung Kuala Linggi..
aku cukup happy dengan telatah dorang same seperti zaman2 persekolahan dulu..
cukup la aku ni tekenal dengan kaki gado mulut dengan aweks2 sekelas aku lerrr haha...
nk wat cmne da aku ni pro sangat x kisah dan peduli aweks ke ape ke haha... (xde cintan2 haha )
tapi tula yg membuat kan dorang kenal aku dan ingat pada aku..
padahal aku sendiri mula2 dah x bape nk ingat name dan rupe ( coz muke dorang da berubah skit hehe)
buat kawan2 aku, aku betul2 rindukan zaman2 persekolah kita bersama..
cukup dengan pelbagai kenangan..
biarpon korang buli aku hahha aku x kisah..
itula yg membuatkan korang menghargai aku sampai sekarang..
thanks untuk semua ini..
dan buat teman aku yg tersayang..
thanks sudi temankan hingga ke Melaka...
bukan selalu dapat buat cmni kan2 so thanks sudi luangkan mase...
dan buat sesapa sahaja yg mengenali aku...
aku ingin memohon maaf dari ujung rambut hingga keujung kaki..
maafkan salah silap aku samada secara sedar ataw tidak sedar..
aku juga manusia biasa..
penuh dengan kelemahan...
idop ini amat singkat sesingkat kerdipan mata..
cukup la untuk membenci ataw dibenci..
ku mohon keampunan segalanya..
ku ukirkan ini bukan kerna ku ingin menagih simpati tapi kerna aku takot andai aku tidak sedar apa yg aku lakukan melukakan perasaan...
dengan senyuman ku ukirkan seribu keampunan di bulan yg mulia bulan romadhan ini..
apabila aku mengenali dikau,
aku pasti,
ade yg akan terpahat pada hidupku,
kerna kau pelengkap perjalananku,
kerna kau aku kenal,
kerna kau aku belaja,
kerna kau aku punya kenangan,
kerna kau aku ade perasaan ini,
dan dikau tiada peganti,
kerna kau yg teristimewa...

Sunday 1 August 2010

Mandi Manda...

hari ini AHAD...
1 August...
pagi2 buta lagi aku da basuh baju selepas solat subuh...
hari ni ade sesuatu istimewa nk aku ceritakan..
sepanjang aku dok selangor ni da hampir1 tahun 7 bulan sekali pon aku x penah gi mandi manda kat mane2 bahagian selangor ni haha..
hari ni la hari yg x kan aku lepaskan...
abg aku pon join same la gi mandi mande..
kir2 kul 9.30 baru la nk gerak...
padahal aku da siap2 tunggu kul 8.30 gi setelah abis semua baju aku basuh dan ampai...
abg aku la taw2 lambat hahaha...
Destinasi utama ->>> Batang Kali.....
perjalanan dari Ampang --> Batang Kali..
tapi!!!
sengaja diberhentikan di hentian selayang...
sbb pe lagi la perot gua da lapo2 la hehehe..
carik2 kedai melayu satu pon xdeknye bukak..
pom2 gi la kedai mamak...
pekena roti canai 2 keping dan air milo ais..
kenyang la jugak sampai naek mengah perot aku...
dari selayang masuk ulu yam...
perjalanan agak berbahaya, kerna laluan kenderaan yg agak sempit dan berbukit bukau dan berselekoh tajam...
Ulu Yam --> Batang Kali
nama tempat "Sungai Batang Kali"..
Batang Kali --> Genting...
hahahha x sampai pon genting walawpon da agak2 dekat la dalam 27 kilometer lagi...
Fokus ->>> mandi manda...
tibe2 sampai..
"aik" pehal lak ni ramai..."aduhh kacau line tol le dorang ni"..
Masalah pertama..
nk seberang sungai yg deras...
"mcm kene serang kat perut ngan ikan jerung je nk seberang sungai ni"
hampir2 tergolek ditolak arus..
uishhhh sib baek x tergolek law x berderai arrr hanpon dan kamera hehehe...
Masalah kedua..
nk wat BBQ tapi si kawan sorang ni leh lak surat kabar nk jadikan umpan ade kat tangan org laen lak..
dan org tu lak lambat sampai..
adoiiii.....
berhempas pulas la meghidupkan api beramai2 guna ape bahan alam semula jadi kat sekeliling...
hidop la jugak..
Masalah ketiga...
nk mandi tapi ade lak sepasukan tentera mana tah datangnye menyebok ramai2 hahahha....
ni bukan tetera yg g perang tu taw..
ni tentera yg dok memekak je keje nye poning otak aku...
bile dorang da caaw baru arrr dapat mandi dengan aman dan damai....
Masalah keempat...
ade pmpn ni ha kawan pada kawan aku datang mandi same tapi dok nakai panjat2 alik2 jatuh terduduk..
dah di pendik kan cite mgkin tulang punggung dia patah ke x taw la..
kene panggil ambulan dan bomba tolong anta hospital
Masalah kelima...
ari da petang aku da ngantok..
elok je aku membongkang kat belakang hahahhahaha.....
sampai umah baru bangun...

Pertama kali aku takot untuk mengenali....

kali petama aku mengenalinya...
aku sendiri takot untuk terus mengenalinya...
aku juga takut untuk seperti orang laen yg pernah gagal dalam bercinta..
aku cube untuk kenal akan dia...
hari demi hariku adelah ruang yg aku buka kan untuk kenal akan dia..
betul!
kali petama aku kenal dia aku x pernah jatuh hati padanya seperti aku jatuh hati pada org yg pernah aku sayangi..
aku sendiri x tahu mengapa...
hari2 berlalu dengan pantas...
ade kasih yg aku nampak darinya...
dia menyayangi aku seadanya aku ini..
aku tahu..
aku bukan lelaki yg cukup baek..
ade yg lebih baek dari aku..
tapi tidak sedikit pon aku nampak dia kesahkan akan itu...
dan aku juga mula berfikir sesuatu...
aku mengambil masa untuk melafazkan satu perkataan...
kerna aku takut juga terkecewa....
bila aku da ade sedikit keyakinan...
aku jalinkan sebuah ikatan...
aku ikat sebuah ikatan dengan sebuah ikatan lebih mesra...
aku bukan mengharapkan dia mencintai aku dengan ikatan yg aku simpulkan itu..
ikatan yg ku simpulkan itu adelah tanda untuk aku sendiri tidak mencintai orang laen..
seperti mana sebuah ikatan suami isteri, tiada erti cinta laen selain isteri...
kerna aku tahu saket sebuah pepisahan...
sehingga sekarang aku terus dan terus untuk mengenalinya...
hari demi hari adelah sebuah perjalan untuk terus kenal dan mempelajari..
kerna aku manusia...
andai aku gagal..
tiada ape yg lebih bermakna dari merasai erti sebuah kegagalan...
belaja dari kegagalan dan suatu hari aku pecaya aku akan lebih menghargai sebuah cinta...

Aku rindukan....

Assalamualaikum...
sudah lame aku x mampu mencoret coretkan kamu...
rindu pada kamu...
kamu x pernah menghampakan aku..
kamu pendengar yg setia..
kamu x pernah menyatakan aku salah atau aku betul..
kamu adelah aku dan aku adelah kamu..
kamu mencorakkan hidupku..
kamu menghilangkan kesepian ku bila ia hadir..
kamu pelepas segala cerita suka dan duka ku...
kamu adelah aku dan aku adelah kamu..
kamu adelah kawan ku yg paling setia...

aku sygkan kamu!

Wednesday 7 July 2010

Aku mengguris sebuah perasaan...

maafkan diriku...
aku tidak berniat melukakan hatimu walawpon sedikit...
aku juga sedih untuk segala ini..
aku tidak pernah menyalahkan mu andainya kamu tidak menerima ku...
cume aku x berapa pasti tentang sesuatu..
fikirku kehadiran ku mungkin menyakitkan kamu..
mungkin hadirku hanya akan membataskan dirimu...
sungguh aku benar cinta pada kamu...
tapi aku x pernah memaksa kamu untuk cinta pada ku..
sejak kamu melepaskan hubungan ini aku tidak mahu mengganggu hidup mu..
bukan kerna aku benci pada kamu tapi aku x mahu diriku menjadi penghalang kamu mencintai lelaki laen...
andainya kamu x pernah menyatakan untuk melepaskan hubungan ini aku sanggup menunggumu...
biarpon aku diriku merasa sebuah kesedihan...
aku banyak belaja bila bersama kamu...
aku telah berusaha untuk menawan hatimu..
tapi pabila kamu nyatakan untuk pengakhiran segalanya aku andaikan diriku tiada dalam diri kamu...
aku andaikan aku tidak cukup sesuai untukmu...

aku memohon maaf atas segala galanya...
aku x pernah lupa saat2 kita bersama wlwpon pekenalan kita amat singkat..
tawamu,sedihmu,marahmu,senyumanmu tetap ada dalam hatiku...
biarpon mungkin kita xpernah akan dapat bersama.. :(

andainya aku bersalah, ampunkan dosaku,
andainya aku menguris perasaan mu maafkan diriku...

Ya ALLAH,
aku mohon keampunan mu,
atas apa yg berlaku,
mungkin kini aku telah menguris sebuah perasaan...
ampunkan dosaku dan dosanya Ya ALLAH,
hiburkan hatinya dengan sesuatu kabar kegembiraan,
jangan hendaknya diresahkan hatinya Ya ALLAH..
Doa ku untuk sebuah kegembiraan yg hakiki untukmu...

Thursday 1 July 2010

novella

lame dah rasenye x mencoret coretkan ruangan ini..
bukan x bukak tapi xde hati untuk melafazkan apa2 :P...
bukan xde cerita tapi xde rase nk diluahkan ia...
dalam keboringan ini aku menuliskan sebuah cerita..

kini aku dah jadi org yg bersahaja..
x tahu knpa..
mengenali seseorang..
demi seseorang..
entah kenapa hati ini belum terdetik sesuatu...
tapi ia telah memberikan sebuah ketenangan..
tiada kisah untuk mengambil tahu atau untuk ingin tahu..
buat masa ini..
ia menenangkan...
aku mgkin telah kembali pada saat aku x pernah memikirkan sesuatu...
seperti mana ketika aku belum mengenali ia pertama kali suatu masa dahulu..
kali pertama aku benar2 jatuh hati...
peduli ape kata org...

aku pernah membca sebuah novel..
novel cinta..
cukup indah..
adekala teringin sebuah pengalaman cinta sebegitu...
betul...
aku juga ade cerita tersendiri tentang cinta..
cume aku x berapa pandai untuk menovelkan ia...
mgkin x berapa indah untuk org laen..
tapi ia amat indah untuk aku...

:)...
aku x tahu..
akan datang ia..
akan datang nanti..
ape yg telah lama aku tunggu..
aku x memaksa..
aku tidak menanti..
aku cume berusaha..
dan ketentuannya bukan ditangan aku..
suatu hari ini..
pasti...
ade yg akan membuat aku tersenyum..
insyaallah
:)

Monday 21 June 2010

MaTaNG...

sebut bab matangkan..
ape yg korang paham...
matang bg aku la kan x semestinya korang nampak ape pada seseorang tu adelah maknenya matang...
sbb kdang2 ape yg korang nampak tu hanye la kepalsuan dari yg sebenar....
suke melawak ataw bergurau bukan bermakna seseorang tu x matang..
kadang kala gurauan itu hanya untuk menghiburkan hati rakan2 dan meceriakan suasana...
bagi aku itu adelah matang...
ske ke korang jika kawan korang jenis panas baran...
asal niat dia baek menjadikan gurauan itu pengerat hubungan..

matang bg aku la bukan hanya dari kata2 sbb kata2 x perlu sepanjang mase hanya perlu berkata yg serius ...
kadang kala kita perlu bergurau...
sbb tanpa gurauan hidup ni akan sentiasa dalam tekanan...
sbb tu ALLAH ciptakan sesuatu itu berpasangan...
serius bukan bermaksud matang...

matang bg aku adelah perkara perkara yg sepatutnya kita perlu lakukan dengan betul dan menepati agama..

contohnya jika kita ske mengajak kwan2 ataw sape2 sahaja untuk menutup aurat kita mesti jadi orang petama yg menutup aurat...
dan perlu di ingat menutup aurat tu yg mengikot islam...
bukan ade bahagian yg kecil kita anggap x perlu ditutup...
contohnya bahagian tangan wanita dan beberapa helai rambut yg x ditutup rapi..
dia memakai tudung dan pakaian tapi x menepati ciri2 islam
wlwpon sedikit ditunjuk sebenarnya ia membuktikan dia masih belum matang...
itula namenya x matang...

bila kamu marah kamu dapat mengawalnya..
bg aku itulah namenya matang...
sbb islam menyuruh kita mengawal diri ketika marah..
samaada ketika bediri kamu perlu duduk, jika kamu duduk kamu perlu berbaring...
dan berwuduq kerna nescaya ia memadamkan api kemarahan yg dinyalakan syaitan..
itulah matang bg aku...

bila kamu terasa hati dengan orang disekeling kamu...
kamu memaafkan dia...
wlwpon kamu akan dikata bodo dan memperbodohkan diri...
senang cite kamu akan dicemuh kerana x tahu mempertahankan diri..
bg aku la biala kita mengajar hati kita mudah memaafkan...
sbb kita akan belaja dari situ...
melainkan mereka membuatkan kamu terasa hati kerna perbuatan yg salah disisi agama seperti menghina agama kamu...
jangan rse diri sendiri bodo sbb ALLAH kan ade..
xkan sedikit pon pergorbanan kita yg x kan dihitung untuk pembalasan kelak...

ade pernah aku mengatakan cukup sudah lah jgan ditutup hati tu, pada seseorang wanita..
sbb dia pernah berpisah dengan seseorang lelaki dan dia x mahu berkwan ataw mengenali lelaki laen..
umur dia setahun lebih tua dari aku..
dia tidak menerimanya malah mengatakan aku ini tidak matang..
pada aku lah kan aku paham perasaan dia sbb aku juga penah merasa kesedihan begitu...
tapi aku x pernah mengatakan aku xkan menerima wanita laen..
Jodoh adelah ketentuan ALLAH, kita cume usahakan...
jadi salah ke law aku kate cube bukakan hati tu untuk mengenal org laen...
bukankah menyalahkan takdir itu membuktikan ketidakmatangan...
pikir pikirkanlah....

banyak lagi yg kita x nampak sebenarnya adelah kematangan..
ape yg selalu kita nampak hanye kepalsuan...
jadi belaja la jgan lihat pada luaran..
cube kamu hanyati seseorang itu...
dengan ape yg agama kamu ajarkan..

Apekah erti kematangan pada kamu???

Thursday 17 June 2010

CiTe yg X bape NK jaaDI...

ermm...hehe tgh2 malam ni x taw nk wat pe da huhu...
ni cite skit arrr tentang malam2 aku dok balek key ell dari melaka ..

sabtu tgh ari aku da siap2 basuh moto sume periksa skit2 mane2 bahagian perlu diperbetulkan kat moto tu hehe..
ok la aku tgok sume ok cume rantai dia dah patut ditukaqkan :P..
tapi malas nk tukaq kat key ell..
jadi aku cume tegangkan la semula rantai yg dah amat kendur tu kan..
nk citenye sabtu tu kat key ell nikan ujan waktu tgh hari tu...
jadi aku lengahkan la skit waktu perjalanan aku tu...
kira2 kul 4 baru aku gerak dari key ell ke melaka..
sepanjang perjalan ke melaka alhamdulillah xde masalah..
kira2 3 kilo la lebih kurang nk sampai umah aku hahaha moto tibe2 mati..
nk taw pasai pe???
hahaha ape lagi minyak kering arrr hahahaha...
ikotkan da x sedap ati da sebenarnye mase lalu kat alor gajah tu tapi maleh nk benti pump minyak nye pasal dan dengan kepala otak yg serabut nk sampai cepat aku terus je menonon balek tanpa mengisi minyak huhu...
ape lagi da dekat 3 kilometer moto lak x leh jalan sbb minyak da x de hahaha...
aduh tepuk pale la kan hahaha...
dengan segera aku mencari helah mcm mane nk kasi tangki terisi dengan minyak..
ermmm...
aku amek air isi arrr tgok leh x jalan hahaha..
dah2 jgn wt kerja gile mane ade air leh isi moto tu kan hahaha...
aku cari no kawan kat hp arrrr huhu..
ape lagi time ni la nk guna kawan kan :P...
dengan muke yg mmg x pernah nk tahu malu aku sruh dia gi cari minyak hahaha...
sib baek dia x bz kan time tu huhu...
law x berjanggut la aku dok menunggu dia datang..
ok la di pendikkan cite minyak da ade aku teruskan perjalanan yg sememangnya amat jauh untuk dirempuhi :P hahaha....
da sampai umah...
uishhh tgok dalam periuk arrrr ade ape...
hahaha makan arrrr perut x berkerut lapa pon hati je yg gatai nk makan hahaha...
di pendikkan cite yg panjang berjela jela ni tup2 sampai arrr ari senin..
senin tu aku amek cuti huhu...
cuti tahunan amat banyak ade 17 ari tapi baru guna 2 ari termasuk senin tu la kan..
senin tu pagi2 lagi pas solat subuh aku mmg x biasa da nk tido lagi pon x bape baek dalam agama kan tido pas subuh sbb pintu rezeki dibuka waktu2 cmtu ti tertutup lak untuk aku hihi...
biasa la kedai cina manenye nk bukak awal...
kne arrr tunggu dari subuh sampai kul 10 pagi ...
tu pon time kul 10 aku sampai dia baru nk susun2 barang kat lua..
aku sruh dia tukaqkan rantai moto aku tu la one set..
ikotkan aku leh je buwat sendiri tapi diakibatkan maleh punya pasal la hahaha...
perabis la jugak duit aku 60 hinggit termasuk bearing pada hub tire tu dia tukaq..tapi tu la nk cite bearing pada belah spoket tu lak yg wat hal hahaha...
aku pon x pasan situ ade bearing law x lame da sruh tukaqkan sekali jalan...
kiranya da siap aku gi la beli skit barang untuk rumah..ayam 3 eko and buah apple ijau satu bungkus..my mom nk makan apple tu..
di pendikkan cite lagi sekali da malam...pas solat mgrib aku pon ape lagi kemas2 la....
balek da la sorang2 pakai hentam jela x bawak pape pon barang spanar ke hahaha...
aku da cm pasan cm ade xkene je kat moto tu kan sejak dari umah melaka..
tapi maleh nk amek taw aku teruskan jela memasuki highway...
vroommmm dengan laju aku memecutkan moto tu mcm org nk gi race moto la hahaha..
biasanye mmg x penah nk bawak pelahan la bedesit je poi hehe..
biasanya sejam amek mase nk sampai seremban ni, ni da aku pelesit 30 minit je da sampai aku pon cm x caye je oik rse bwak x de la laju mane pon...
benti kat pump seremban isi minyak kang x pasai2 nolak lak sbb minyak xde ha xmo arr aku hahha...
pastu aku teruskan perjalanan ke key ell..
kira2 dah nk masuk laluan moto kat tol sungai besi tu...
time betul2 aku slowkan moto sbb nk masuk laluan moto ni pushhhh tibe2 bunyi benda berseret..da tu aku pulas minyak x mo lak moto aku gerak...
sah rantai tercabut la ni...
aku pon benti arrr tepi jalan moto tu..
aduh da la spanar satu pon aku x bawak..
dengan muka x taw malunya aku pon mintak abg aku datang tolak moto hahahaa...
jenuh aku menunggu dia datang haha..
aku la yg jadi tukang tunda...
nk patah je kaki ni dok tolak sebiji moto dengan org yg dok tunggang atasnye sorang hehe...
aku tolak sampai Au3 ulu klang (tempat keje aku la)...
dah tu aku campak je moto tu marahnye pasal....
hahaha xde la xde maknenye aku nk campak aku kasi parking elok2 la...
esok kerja baru arrr aku repair...

tu je la cite aku maleh nk tuleh panjang2 jenuh nk membaca nye pon kan :P...
tapi tula syukurkan ALLAH nk pelihara sbb betul2 benda tu leh wat aku accident teruk law tercabut time aku laju kat highway tu..
silap2 leh wat meninggal cm arwah sepupu aku terlelap atas moto pastu jatuh meninggal...
kiranya betul2 time aku pelahankan moto dia terus tercabut...
law x, xtaw arrr dok icu ke kubur ke...
ish3 mintak2 dijauhkan...

ALHAMDULILLAH ALLAH masih memberi diriku kehidupan lagi :)

Tuesday 15 June 2010

suka suka...

aku ni terlampau mengikot perasaan..
ishhh tanpa aku sedari aku mungkin didalam bisikan pujukan syaitan...
sudahlah jangan la terlalu diikotkan sume ini...
jangan..
belaja...
plz, belaja...
buangkan segala yg keruh...
segala yg hitam...
jernihkan keadaan...
aku benci keadaan aku yg sebegini..
aku amat benci...
aku terlalu lemah..
sudahlah jgan dipeduli semua ini...
kuatlah..
kuatkan semangat hehe..
gelaklah k...
jgn biarkan diri murung..
jgan yee..
:)..
ingat...
redho..
ingat tu..
tuhan sentiasa bersama..
asalkan ade keyakinan...
jgan biarkan nafsu memperngaruhi...
kelak ia memakan diri...
cukup lah mari kita happy..
mari..
:P
:)
hahahahahhaahahah....

Cinta...

minggu ni aku balik kampung...
ade majlis perkahwinan kawan sekolah menengah dahulu..
tapi aku x pergi pon...
tujuan aku pulang hanya satu ingin menenangkan diri...
wlwpon sebenarnya sedikit pon ia x membantu..
andai perasaan hiba itu reda seketika ia pasti kembali juga tanpa diduga...
dalam aku kesedihan pepisahan ini, muncul kenangan lama tentang sidia..(kekasih cinta petama ku)..
aku x tahu mengapa...
mgkin kerana dia menerima ku dengan baek dan org petama yg mencintai dan mgkin yg terakhir buat masa ini...
banyak yg aku lalui bersama dia selama 2 tahun lebih...
mgkin yg terlalu amat menyedihkan ku cinta ku kecundang ketika arwah bapa saudara ku baru meninggalkan dunia ini sehari sebelum pepisahan kami...
ditambah semnggu kemudian adelah hari jadiku..
itu lah kenangan terpahit dlm hidup ku...
sampai sekarang aku masih ade rasa cinta padanya walawpon dia bukan untuk aku miliki..
aku hanya mampu melihat dari jauh dan mendoakan kebahagian untuknya..

aku pernah jatuh cinta untuk kali kedua tapi bukan semua yg kita impikan akan tertunai..
cinta bukan paksaan..
aku rela melepaskan andai itu yg dia mahu...
aku tidak banyak kenangan bersama dia tapi bukan itu petunjuk bagi cinta ku..
aku amat kasih dan sayang padanya walawpon hakikatnya kami x pernah bersama..

kedua dua insan ini aku masih ade rasa cinta..
tapi aku x pernah memaksa mereka untuk cinta pada ku..
kan ku biarkan hati ku cinta pada mereka...
walawpon realiti mereka bukan untuk ku...
cukup sukar saat2 ini bagi ku...

ALLAH yg ESA mengatur segala perjalanan hidup ku...
biarpon ku telah kecundang tapi ku tahu ia adelah ujian untuk ku..
semakin kuat ujian itu untuk ku semakin ALLAH menyayangngi ku, Insyaallah..




Friday 11 June 2010

KRU - PERPISAHAN TERASING

perpisahan adelah sesuatu yg x mudah untuk diterima..

ia pasti amat memeritkan...

ia memisahkan dua insan..

mengasingkan sebuah dunia menjadi dua..

satu diutara satu di selatan..

kedua dua menderita..

sempadan yg terhalang antara cinta

Wednesday 9 June 2010

Cukup....

aku x ingin menulis...
tapi ini sahaja caraku yg ada...
sungguh!
cukup la sekadar ini...
ia bukan paksaan...
tiada yg lebih baek selain melihat kebenaran yg dia inginkan...
gagal kali pertama mmg cukup memeritkan...
tapi ia mengajar segalanya...
gagal kali kedua aku pasrah dengan ketentuann..
aku belaja dari kegagalan pertama...
sungguh, aku percaya blum masanya lagi...
mgkin bukan dia yg ditakdirkan...
sdey....
sudah pasti...
tipu jika aku tidak ada perasaan sdey...
tipu jika hati ku tidak menangis...
tapi semua itu proses sebuah pemergian...
cukup setakat ini...
jangan merungsingkan hatiku..
jangan buat aku terasa kesedihan..
jangan membuat aku merasa kekecewaan...
biarkan ini mengajarku...
segalanya pasti...
pasti ade hikmah disebalik kejadian...
insyaallah...

wahai pujangga hati..cukup tersayu diri..hilang ia pergi..meninggalkan seribu tanda dihati..




Monday 7 June 2010

MaLaM2 KeiManan...

subuh yg dingin dalam kegelapan...
sungguh enak melelapkan diri di waktu ini..
di satu mase kedengaran suara syahdu memanggil...
beralunan suaranya memecah kesepian alam...
sungguh! amat berat mata anak2 adam untuk bangkit dari lamunan mimpi berpanjangan..
seolah olah terkunci oleh sebuah rantai...
nyata mereka orang2 yg gagal...
disatu sudut alam ini terdapat sebuah sinar cahaya...
sinarnya hingga kearas ALLAH....
malaikat menadah tangan2nya mendoakan sekumpulan manusia yg menghidupkan malam2 untuk ALLAH...
dengan nyata orang2 ini lah yg mendapat petunjuk dan keredhoan dari ALLAH..
Syukur andainya kamu tergolong dari golongan golongan ini...
cukup dekat diri merasakan diwaktu2 sebegini dengan pencipta..
segala masalah dunia, kesedihan ,kekusutan kesebokan hilang dikala hati2 terisi dengan cahaya hidayah..
pernah kekecewaan menggagalkan segalanya, disatu masa kegelapan menyelubungi diri ..
hati tiada ketenangan, jiwa hilang entah kemana mana, terkapai kapai keseorangan...
linangan air mata ini sudah cukup menyeksakan...
disatu pagi terbangkit sebatang tubuh mencari satu tanda kebesaran...
dalam keheningan pagi yg sunyi dari suara suara manusia, berdirinya ia demi mencari kebenaran dan erti kehidupan...
linangan air mata cukup membasahkan dikala doa dipinta...
tersekat sekat suara melafazkan doa..
dan didalam kesedihan itu muncul tiba2 sebuah ketenangan yg tidak mampu dibeli..
cukup tenang...
terasa hilang segala duka...
sungguh!
tiada peganti untuk ketenangan ini..
cari lah satu dunia...
x mungkin kamu temui, melainkan...
kamu berserah segalanya pada yg Hakiki..
pohonlah....pohonlah...pohonlah...
seikhlas hatimu...
seyakin yakinnya..
akan kamu temui satu tanda...
tanda kebenaran..
dari yg maha kuasa...
insyaallah...

Sunday 6 June 2010

ka'Bah...

۩۞۩ - ISLAM TERBUKTI BENAR - ۩۞۩ April 10 at 6:47pm Report
السلام عليكم . بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو Ù„ اللهالحمد لله رب العا لمين. الصلاة Ùˆ السلام على رسو Ù„ الله.اما بعدQs.5 Maa'idah:97. Allah telah menjadikan Ka'bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.Astronout Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari Planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ???”Para Astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada masalah tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) “Radiasi dari Ka'bah ini tak dapat diketahui tanpa pesawat antariksa abad 20, membuktikan jika Qur'an ialah berasal dari ALLAH, & bukti Qur'an mukjizat sepanjang masa. Kerana banyak ayat yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan terakhir, zaman terakhir.Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82Jadi,,, 1 lagi BUKTI,,, Islam TERBUKTI BENAR!DARI ILMIAH,,,, Islam terbukti BenarDARI KITAB LAIN,,, Islam terbukti BenarSegala puja & puji bagi ALLAH,,, Qur'an TERBUKTI Sepanjang Masa!Sila copy paste & yg paling utama ialah menyebarkan & bagi tahu rakan + saudara lain guna email, picture post, wall post, TAG picture dan semua cara kena diguna untok menyebarkan PEMBUKTIAN ISLAM IALAH SATU-SATUNYA AGAMA YG BENAR.Dakwahkanlah meski cuma 1 ayat shaja, mulakan dari saudara & rakan2 sekitar kita. Biar cuma sikit 1 ayat tapi disampaikan, lagi baik daripada ramai ilmu tapi cuma untok diri sendiri.Tolong jemput/undang rakan + saudara di bawah gambar daripada page ini agar ramai orang saling ingat meng-ingati sesama insan:

Saturday 5 June 2010

PerGi...

andaikan aku terpaksa pergi ...
leburlah segala isi hati ...
dah ku cuba untuk membaiki..
tapi ia tetap retak sebegini...

berat kaki ini untuk melangkah meninggakan mu...
seberat hatiku yg tenggelam dalam rindu...
bisanya x tertahan lagi....
kerna ia mencucuk diri...

perasaan bukan lagi mainnan...
perasaan bukan lagi simpanan..
ia terluah jua akhirnya...
di penghujung sebuah jalanan..

cukup lah wahai hati yg menangis..
kesatkan air mata mu..
tutuplah sebuah cerita lalu...
sepikan diri dari terus sebegini..






Thursday 3 June 2010

LuMraH seOranG MaNuSIa...

aku adelah manusia...
insan yg dicipta semulia mulia makhluk oleh ALLAH..
bezanya antara kita hanya pada amalan yg kita lakukan..
aku juga same seperti kamu...
aku juga diuji dengan apa yg ada didunia ini..
adekala aku juga lalai dari mengingatinya..
dan aku masih bersyukur dibukakan pintu olehnya melihat sinar2 cahaya islam walawpon secebis cahaya...
sungguh!
aku mengenal erti hidup apabila aku diuji sekuat itu...
aku pernah gagal dan kecewa...
tapi aku juga pernah bangkit dari mimpi yg panjang...
aku pernah jadi lemah tapi aku juga jadi gagah akhirnya..
pemulaannya aku nampak gelap, hujungnya tersingkap sinar cahaya...
kesedihan, kekecewaan mengajar aku berfikir segalanya...
apekah ujian yg aku alami adelah pengajaran untuk ku..
sejauh manekah aku hampir dengannya dan sejauh manekah aku lalai darinya..
baru aku tahu semua itu...
aku tahu tangisan ku bukan tiada makna, sdey ku bukan tiada yg tahu, sepi ku bukan tiada penemannya kerna aku pasti Tuhan ku masih menyayangiku...
dibukakan padaku segala ingatan dengan pelbagai cara untuk aku tahu dan berfikir tentang dia...
disekelilingku aku melihat insan2 yg lebih tidak bernasib baek berbandingku...
daku bersyukur terhadap mu Ya ALLAH yg sentiasa memberikan daku peluang dan petunjuk...
setiap doaku kupanjatkan keampunan terhadapmu, ku pohon jalan2 kebenaran darimu kerna daku tahu daku amat lemah...
lemah tanpa petolongan mu..
setiap saat detik jantung ku x mempu berdenyut sedikit pon tanpa izinmu...
berikan diriku keampunan segalanya...

Wednesday 2 June 2010

OhhHH..ketenangan..

ermmm risau sungguh pasal dia...
x tenteram hati ku ini..
rase bagai nk terkeluar hati ini apabila memikirkan tentang dia...
malam ini sungguh aku x tenang..
status dia sungguh membuatkan aku tertanya tanya kabarnya..
adekah dia didalam kesedihan...
adekah dia memerlukan aku untuk luahan hatinya..
aku tidak tahu..
aku x mampu untuk berkata kata...
sungguh! apabila aku berada padanya wlwpon bukan didepannya lidahku kelu untuk cuba berkata kata..
kadang kala aku tersasul perkataan kerna aku gugup ketika dengannya...
tapi percaya lah aku hanya inginkan yg terbaek untuk kamu...
Ya ALLAH..hambamu ni x tahu mengapa hati hambamu ini terasa amat kerisauan..
berikan daku penyembuhnya Ya ALLAH..daku mohon padamu yg Maha Mengatahui Segala yg tersirat didalam hati ku ini...
berikan daku petunjuk kejalan kebenaran mu...
andai hambamu ini lalai dari mengingati mu dikau tunjukkan jalan2 yg lurus, dikau bukakan hatiku sinar2 cahaya agamamu yg dikau redhoi ya ALLAH..
hambamu ini tidak pasti mengapa kerisauan terhadapnya malam ini terlalu amat....
amat yg membuatkan diriku ini terasa berat didada...

Monday 31 May 2010

DaMai...

aku pandang ke langit diwaktu malam yg sunyi ini...
terasa damai angin2 yg membelai..
rambut ku berkibar2 lembut..
muka ku dibelai dengan keayuan..
sungguh pelik perasaan ini...
kedamaian sungguh indah...
aku harapkan ia berkekalan kerna aku sukakan perasaan ini...

Friday 28 May 2010

TeRhArU...

hari ini hari juamaat..
keseronokan sbb cuti yg jarang2 ade...
cuti semperna hari keputeraan yg di pertuan agung Malaysia... silap huhu cuti hari wesak la..hari agung 5 aribulan 6 :P
pagi2 lagi mcm selalu bgun subuh untuk solat subuh...
selesai subuh aku melabuhkan diri ditilam yg terempuk kat Malaysia keh3..
bukan nk tido tapi mcm selalu la aku akan on laptop n jenguk2 facebook la...
kesunyian la jugakkan sbb xde sape pon yg dok on9 subuh2 kih3 :P
oleh kerana semalam aku x sempat nk bercucuk tanam di facebook aku pon gunakan la kesempatan ini menjenguk jenguk kebun aku yg menghasilkan jutaan ringgit untuk aku wakakaka (patut la aku rase da kaye je ni ha) :P
da abis maen farmville x taw lak aku nk buat ape hingga keboring boringan..
aku pon jenguk2 bukak cerita korean (you ' re beautiful )
haha aku ingatkan awek aku je do layan korean bleh pulak aku terjebak same da ni ha hahaha..
aku bukan minat sangat pon tapi atas sbb kebosanan aku layan la cm besh la jugak huhu..
da muak tgok cite korean aku pon melayan kan diri dok dalam kete la dok running engine sbb da lame x hidupkan kete tu..dok la sorang2 dalam air cond kete tu beberapa minit huhu ( lame jugak sebenarnye ade dalam kira2 15 minit :P) sib baek x tetido dalam kete wakakaka...
dah tu aku pon melangkahkan kaki masuk rumah n on facebook..
uisshhh boring gile x taw nk wat ape dah..
tibe2 terasa da lame sangat x bukak syg aku ni (My Blog) hehe..
da bukak ape lagi aku jengok2 la blog syg aku ( My Apple) huhu muah!..
dan aku pon terbace lah bab (karangan n9) hikhik perh mmg terbaek dari kebun keh3..
mmg susah jugakkan nk paham ayat2 n9 hehe pueh dan jenuh jugak lah nk paham haha..
tapi satu yg amat2 aku paham hehe...
satu ayat yg membuat aku rasa terharu..
dia tuju ayat2 tu untuk aku! ish terus aku terasa terharu :)
aku terharu yg amat...
kali petama aku terasa amat teharu..
sesuatu yg membuatkan aku terawang awangan...
dia menunaikan pemintaan ku...
heeheee..
nk je aku cium2 dia..
muah! muah ! muah !..
aku syg sangat kamo... :)

Wednesday 19 May 2010

PaGi Yg SuNyi...

pagi yg sunyi dalam kegelapan...
aku x bisa melihat alam yg indah ini..
aku hanya bisa merasa kedinginannya...
sunyi dari sebarang kata2...
sunyi dari sebarang cerita...
sunyi dari seribu manusia...
adekah indah sebegini???
aku sendiri tertanya tanya...
aku merasa kecil yg teramat di pagi ini...
aku dibayangi kesepian sendiri..
seolah olah aku berada di tgh tgh bumi ini sendirian...
aku dikelilingi alam yg memandang aku...
atas, bawah,kiri dan kanan...
seluruh sudutku hanya aku dan alam ini...
aku tiada teman apatah lagi kawan...
aku sendiri disini...
aku menangis...
lelehan air mata hanya aku dan alam ini yg ada...
mana semua manusia???
aku x tahu kemana hilang mereka...
mgkin mereka sebok dengan urusan mereka dan melupakan diriku ini...
itulah manusia yg aku kenal, bila aku ade bersama mereka aku x pernah dihargai...
bila mereka mengenali aku hanya sekadar mengenali...
biar lama mana aku menunggu mereka, aku tetap x akan dihargai kerna aku tiada nilai disisi mereka..
adekah aku patut menjadi seperti mereka???
pandanglah kelangit di pagi yg gelap bertemankan bintang2 didalam kesunyian...
dikau akan faham maksudku wahai teman..
adekah dikau merasa kesunyian yg aku rasa???
aku tahu dikau xkan menjawab kerna dikau xkan memahami....

Monday 17 May 2010

BowLinG....









ni la gambar2 aku posing hikhiik :P
main ni ari sabtu petang..
aku gi umah member aku kat selayang ..
ingatkan nk jumpe dia lepak2 jek last minit dia cakap nk kua main bowling..
aku pon ikot la kan hihi..
pas tu aku ingat aku dengan dia je dok maen bowling tu cehh satu keluarga dia bawak hahaha...
aku dah lah x bpe pandai maen almaklum la pernah main sekali je seumur hidup hehe...
termasuk kali ni maen adelah kali kedua lah ...
tapi kira ok la jugak sekurang kurang nye aku menang jugak walawpon x bpe pandai main kan hikhik :P...


Sunday 16 May 2010

SeDaP x ???



menu untuk hari minggu aku...

masak kari ..
perhh dia punya bau mmg acik buat aku dalam keadaan lapar je memanjang hehe...
mcm ni mmg gemok la kan aku :P...
pagi2 aku dah bangun untuk memasak sambil basuh baju2 yg patutnya semalam aku basuh (sabtu)..
semalam aku sebok skit sbb gi jumpe kawan kat selayang..
kita orang pergi main bowling dengan keluarga dia sekali..
aku terjoin la pulak :P hahaha..
tu nanti aku cite yg akan datang k siap dengan gambar aku posing kat sane hikhik :P..
sambung balik cite bab masak ni kan tu la mmg ponat jugak jadi tukang masak hehe..
kene bangun pagi2 walowpon badan dengan mata acik suruh tido gak diakibatkan kepenatan main bowling semalam..
sambil2 basuh baju2 yg dah seminggu x basuh tu aku sediakan bahan2 untuk memasak la hehe...
memang kelam kabut jugak dibuatnya x menang tangan mane satu yg nk buat dulu hehe..
disebabkan pengumpulan baju selama seminggu baru nk basuh menjadikan ia terlalu banyak untuk dibasuh hehe...
mcm la dok kat rumah ni 10 orang punya baju :P....
tapi banyak2 macm mane pon sempt gak aku siap kan sume dalam satu mase hehe..
tu la kata orang menyelam sambil minum air hikhik :P..
tapi law telebih minum mati oittt..
minum skit je taw :P..
haha oleh kerna telalu sedap je baw masakan aku x jadi nk jemur baju2 tu...
ape lagi aku dok hentam mentedarah dulu la hahaha....
dah x tahan la pulak dengan baw dia yg keharum haruman tu...
siap je makan hingga kekenyangan aku tido...zzz...zzz...
eh silap bukan tido :P tu saje je nk tunjukkan konon2nya aku neh telampau kekenyangan hikhik :P...
pas makan apa lagi xkan dah lupa kot baju2 tu kan, xkan ade jin nk tolong jemurkan hehe...
kene la aku jemur semuanya...
ABG aku wat ape ek agak2nye???
hahaha ape lagi tido la tu la keje dia tido je da la bgun den jugak yg kene kejut ari2 lak tu hikhik, ececeh mcm bagus je aku ni kan :P hikhik...
nk wat cmne dah aku ni jenis mudah terbangun dari tido mmg aku la jadi tukang kejut orang hehe...
abis memasak, abis memakan dan abis menjemurkan diri dibawah sinar lampu minyak tanah aku pon tido :P...
haha xde maknenye aku nk tido tipu je laaaa ahahahha...
selesai aku menjemur pakaian, aku melangkah keluar rumah poi ke kete..
dok membelek belek kete la dah tu keje aku yg aku minat hihi...
ikotkan memang nk tido je dalam kete buat rumah hehe rindu pada kete haha :P...
dah gila agaknya si zaizul ni kot :P..
aku kemas2 skit lah dalam kete tu banyak sangat barang2 yg x patut dok dalam kete tu kan wat berat je...
aku keluarkan letak dalam satu plastik dan aku bawak balik umah...pastu dik kerna xdo keje dah aku pon on9 la dok tunggu mane la taw my gf dok on9 ke hehehe :P...
aku sebenarnye mmg rindu kat dia...
maklum la lame rasenye x dpt call dia, dia sbok kot hehe..
xpela lagi pon minggu ni hari2 akhir dia kat sane, jadi aku sabar la tunggu dia selesaikan sume keje2 dia kat sane..
mesti dia nk luangkan mase2 terakhir ni kat sane dengan kawan2 :)
dapat memandang dari jauh pon cukup la :)


Wednesday 12 May 2010

BiLA HaTi dAh RinDu...

fuh....
rindunye kat gf aku tu....
agak2 dia rindu aku x? :P hehe....
kerinduuan yg tahap kegilaan la hikhik...
miss A bila nk balik rembau nehhhhh...
rase lame sangat la hehe...
first n last kita jumpe 24 bulan satu kan...
sekarang dah bulan 5...
lebih 3 bulan x jumpe rase cm lame jek x jumpe hehe...
love A rindu sangat pada kamu...
ti A da balik kita rancang jumpe ek???
dapat jumpe kejap pon jadi la..
lau lame lagi jadi sangat2 haha..
kita tgok wyg or jalan2 ke :P...
My DeAr A kat cini nk nyatakan kita syg sangat kat awk rindu sangat kat awk...
sape ek E dalam blog awk? hehe xkan Fahrin kot??? jelous lorhhhh hehe...:P
LoVE U My A....

Sunday 9 May 2010

aKu...

wahai kasih ku....
aku sukakan pena dan tulisan...
aku x pernah jemu untuk menulis...
begitu juga aku tidak pernah jemu untuk mencintai mu...
aku ingin kamu tahu aku masih menantimu...
aku tidak membenarkan hatiku untuk mencintai orang lain wlwpon aku mampu...
kerna aku masih setia dan cinta padamu...
aku biarkan diriku sepi seketika dengan tidak mengganggumu....
andai kamu tidak menerima ku aku lebih pilih untuk bersendiri demi mengubat duka hati...
aku tidak tahu mengapa tapi itu yg aku rasa...
mgkin kerna aku terlalu mencintaimu seperti mana dulu aku mencintai kekasih awal ku...
aku tidak melepaskan sesuatu selagi kamu tidak pernah mengucapkan untuk itu...
ohhhh...
aku merasa...
sekeliling manusia memandang aku telalu taksub dengan cinta dan telalu setia...
tapi itu pandangan orang...
bagi aku biarlah aku yg memberi pandangan cintaku sbb aku yg merasa bukan mereka...
aku tahu batas mencintai...
aku melihat orang lain bercinta...
dan aku tahu membezakan nilai cinta yg sepatutnya aku taburkan...
batas cinta ada tahapnya kerna aku mempunyai agama...
pecayalah wahai kasihku...
aku xpernah mengikat kamu andainya kamu ingin pergi dariku...
kerna aku x pernah memaksa kamu mencintai ku...
apa yg aku harapkan kita saling mengenali untuk bina sebuah persefahaman,tolak angsur,mempercayai,menyangi,dan sedikit pergorbanan...
demi kelak kita mampu mendirikan sebuah masjid dengan lebih teguh...

Yg BeNaR

~kAsiH Mu~

Saturday 8 May 2010

PeCinTa Yg SeTiA....

dihadapan kamu ade yg menunggu kamu...
tapi kamu x bisa membenarkan cinta dia untuk hampir pada kamu...
kamu tahu hati kamu bukan untuk dia...
kamu tahu kamu setia untuk seseorang...
kamu tahu cinta kamu juga tidak seindah permata....
kamu juga tidak diterima seperti kamu tidak terima cinta orang lain...
kamu biarkan diri kamu terseksa menunggu dan terus menunggu...
untuk apa....
tiada jawapan bg setiap persoalan...
itu namanya cinta sekental getah yg akan melantun jika di dipicit....
pengharapan cinta selalunya amat memeritkan...
siapa yg tahu hanya pada meraka yg merasa...
tiada air mata yg mempu mengatasi segala galanya...
kehadapan kebelakang ia tetap sama dalam kurungan sangkar jiwa....

sila pergi....
pergi lah jiwa..
pergi lah andai ia penebus kesedihan...
penawar kesakitan...
kosongkan segala ingatan...
pupuskan segala kenangan...
hancurkan segala pengharapan...
hilangkan sebuah cerita, cerita yg x pernah habis....
pergi meninggalkan segalanya...

CeriTa RaSa...

jika kamu mahu....
biarkan ia bengkok hingga terasa sakit andainya itu adelah baek....
biarkan luka berulat jika tidak ada rasa saket pada diri kamu...
biarkan darah mengalir andai ia x akan kering...
biarkan air mata bercucuran jika rasa ia pngubat..
biarkan mata dicucuk buta andai kamu x tahu menggunakannya...
biarkan saket itu tidak terubat andai kamu x pernah ingin sembuh...
biarkan hati kamu hancur andai tidak ade yg bererti untuk kamu...
biarkan kamu tiada cinta andai kamu tidak pernah bersedia...
biarkan kamu sepi andai tiada sapa yg menjga kamu di hati...
biarkan kamu seorang andai ia tidak pernah menyeksa...
biarkan ia pergi andai itu yg ia mahu.....

xkan mengerti jika bukan kamu yg merasa....

Wednesday 5 May 2010

GiLO KoT....

aduhhh....
mengapakah sakit sangat kepala ni...
rasa mcm nk hantok2 je kepala ni untuk hilangkan kesakitan...
ermmmm...
tapi x mgkin hilang pon....
nk ngadu kat doktor maleh...
baek ngadu kat miss blog...
terubat sedikit rase sakit tu....
hihi syg jugak miss blog ni kat aku kan...
muahhhhh <3
cinta sama kamo :p
mod minggu ni, mod malas,mod yg x bape happy...
x tahu la pesal...
rasa mcm nk tido je minggu ni x payah bangun2 x payah pikir ape2...
taw2 seminggu berlalu pergi je kan :P
ermmm...
pesal ni mcm dah merapu rapu xtentu arah..
hahaha hilang pedoman pe aku ni...
ishhhhhh jgn la hendaknye kan :)
otak da kosong ni akibat kesakitan pada tengkuk dan kepala...
salah tido kot...urmmmm...lasak bebenor la agaknye.....
blup3 cmni kene tido dalam air la baru selamat....

Tuesday 4 May 2010

mengerti.....

ermmm.....
mane...
mane...
mane...
kasih ku ...
aku merindui....
lame sangat bg ku...
telalu sunyi...
terlalu senyap...
tiada sebarang suara mengegar gegendang telingga ku...
bertuturlah cinta...
ucapkan satu nama...
indahkan ia seindah gurisan sabda...
ku sandarkan cintaku...
ku panjatkan doa...
aku dalam bisikan...
bisikan yg tiada siapa mendengar...
hanya kau dan aku...
oooo mengertilah hatiku...
mengertilah....

memori.....

aku x tahu mengapa....
bagaimana aku ingin melakukan sesuatu yg akan membuatkan aku bersedey...
aku tepaksa membiarkan ia berlalu pergi....
biarkan ia berlalu tanpa berkata apa apa...
biarkan kegembiraan tidak tecalar dengan memori ku...
saat2 aku, sudah berlalu pergi...
tiada apa yg boleh kembali...
mungkin tiada siapa yg mengerti perasaan ini, kerna aku yg merasa...
perasaan yg bersimpang siol tanpa arahhhh....
aku biarkan ia mengikot aliran sungai yg mengalir kerna aku x mampu berpatah melawan arah...
kehulu dan kehilir hingga aku hanyut kelautan yg tiada sempadan...
satu saat pasti aku akan terdampar kesorangan disudut dunia...
tangisan x bererti, tapi air mata x mgkin dapat berhenti...
beribu persoalan yg x dapat ku jawab dalam diri....
kerna tiada kepastian yg boleh diberi...
ia tersimpan disatu daerah paling dalam dalam lubuk hati...

separuh jiwaku pergi....

Wednesday 28 April 2010

UntOk Kamu...

aku dah teramat rindu kamu.....
dah x tetahan dah rasenye perasaan rindu ni...
kamu telah membuatkan aku semakin syg pada kamu...
aku sering berdoa untuk bersama kamu...
menjadi pasangan hidup ku nanti kelak...
mempunyai anak2 yg baek bersama mu...
kita bina makhligai kebahagian bersama...
aku seronok melihat orang lain bahagia bersama keluarga mereka...
penuh kasih syg antara mereka...
dan itu lah yg aku impikan bersamamu..
aku impikan sebuah kucupan mesra kasih syg dari kamu dan anak2 ku nanti...
dengar lah wahai pujangga hatiku...
aku selalu menyayangi mu...
dan aku ingin bersamamu..
biarlah kita x kaya dengan harta...
tapi kita penuh dengan cinta jiwa manusia...

MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALANYA BG KITA..
aku hanya merancang tuhan yg menentukan segalanya...
dan ku harapkan sebuah perjalanan yg baek untuk kami...
doa adelah senjata mukmim... :)
doakan segalanya ...

Tuesday 27 April 2010

Kisah benar....

Report ini adelah bacaan semata mata x de kene mengena dengan yg hidup mahupon mati yeppp....
hari ni selasa, 27 haribulan 4.... jam 5.30pm aku ditahan polis....
polis melakukan operasi colik penagih atau lebih dikenali operasi terjah pakai suke otak dorang je...
aku didampingi oleh seorang lelaki berasal dari serawak atau sabah aku x pasti...
mule mcm telalu muda n x mcm polis...
dia menunjukkan lencana dia sebagai polis...
pada mulenye aku mcm x pecaya dia polis...
sbb muke dia mcm budak2 je...
dan dia memakai pakaian awam..
tapi aku ikot aje sampai kat van dia sbb dia kate kene bawak pergi IPD Ampang untuk test urine...
dalam tangan aku mmg da sedia helmet aku la lau dia tipu aku kasi hentak je kepala dia...
ape lagi dok la aku dalam van dia tu ramai2 dengan mamat2 lain...
sampai balai polis Ampang ape lagi abis tangan aku kene conteng...
aku duduki tangga ke sepuluh...
tangan aku berconteng no 10...
cisss mengade2 la polis ni...
dia kasi bekas untuk urine...
ade paham2 la nk wat ape kan dengan bekas tu...
dah siap dorang test banyak la jugak yg kantoi dengan penyalahan gunaan dadah..
sume dorang x ngaku sampai siap polis tu sepak tampar semua...
ish3 yg aku nye bekas dorang minum hahaha...
eeeee yekkkkk nk mampus menyusahkan aku je ikot dorang...
dah tahu kita orang yg negative dadah x mo lak dorang lepas awl....
kene la tunggu mamat2 yg positive ...
cehhhhh ingatkan tunggu lame dorang anta la balek...
ni x kene balek tgh2 malam sendiri...
ape ke bgoknye polis...
menyusahkan orang je...
mintak maaf pon xde kat kita orang...
mangkuk periuk punya polis...huhhh...kasi sekel kepala dorang baru taw..
mamat2 yg positive dok berdengkur la malam ni dalam jel yekkk...selamat malam mamat2 yg dah dijahanamkan oleh dadah2 tu...aku tido atas tilam korang tido la atas lantai beralaskan simen yg sememangnye empuk cm tido kat hotel... :) nite untuk korang.....

Monday 26 April 2010

aku perindu....

malam ni aku memang terasa rindu yg amat sangat...
ermmmm mungkin masa makin mematangkan sebuah hati...
makin lama mengenali makin beputik sebuah perasaan...
dan ingin aku nyatakan bahawa hatiku mmg terasa sesuatu yg amat dirindui selama ini...
kata2 mu yg merinduiku membuat hati ku telalu bahagia...
setiap insan bernama manusia pasti terasa perlu ada sebuah perasaan ini...
cinta...
aku memang telah jatuh cinta...
aku terasa cinta ku hadir bukan dalam sebuah mimpi tapi ia hadir dialam nyata...
aku ingin mencintai mu tanpa kenal erti putus asa..
ibarat matahari yg x pernah kenal erti lelah menyinarkan cahayanya...
hujan yg turun membawa rahmat bg sekalian alam...
begitu juga kamu dalam hatiku...
hadirmu membawa beribu erti kasih untukku..
biarpon aku pernah gagal dalam sebuah harapan cinta tapi akan ku biarkan ia berlalu hanya sebagai kenangan...
bersamamu akan ku mulakan hidup baru yg lebih bererti dari dahulu...
kerna kamu masa depan ku...
kerna kamu cinta setiaku...
aku merasa nyamannya didalam pelukan rindumu
aku mengimpikan sebuah mahligai yg di redoi ALLAH (insyaallah) bersamamu wahai kekasih hatiku...