WELCOME

sisihkan keresahan carilah kedamaian

Monday, 8 November 2010

da..dii..duuu..

terhapus jua...
mgkin terlalu risau untuk segalanya...
dan sumenya dah ok...
syukur...
xmahu bersdey..
untuk ape sesuatu yg x perlu....
mgkin kerna syg..
x sanggup kehilangan...
ape2 pon hope semua nye akan baek2 segalanya :)

Wednesday, 3 November 2010

guguran air mata....

kenapa ye...
aku x taw...
kenapa aku sdey ...
aku da beri semua kasihku...
kenapa dirimu seoalah olah x pedulikan aku...
aku jage hatimu sebaek baeknye...
kenapa dalam senyap dirimu membuatkan hatiku menangis...
semasa aku tiada disisi dirimu berubah..
seolh aku tiada dalam idopmu...
kawan2 mu lebih bermakna dari aku...
mgkin aku xpernah luahkan padamu...
kerna aku xmahu hatimu terluka..
tapi satu hari nanti dirimu tetap akan tahu...
aku simpan semua ini...
dan biler sampai masenye ia pasti jua akan terluah...
maafkan aku..
aku dah x mahu memikirkan apa2 selepas ini...
jika kita tiada...
disitu la saje cerita tentang semua cinta...

biakan laluan alunan ombak itu menghempas pantai..
aku hanya ingin menyusuri...
andai aku tersadai...
situlah penamat ku..
ohh tuhan...
sendirian itu mgkin lebih memberi ketenangan buat masa ini...

Saturday, 30 October 2010

tangisan...

tiptop tiptop...
penghujung 2010 hampir tiba..
masa seolah olah x terasa berlalu..
pejam celik pejam celik umur ku dah 23 tahun...
hurmmm...
begitu juga dengan org2 sekeliling ku..
mgkin ketika hidupku aku pernah bertemu dan mengenali mereka tapi akan ada satu hari mereka pergi meninggalkan segala galanya....
mgkin kah satu hari nanti akan tiba giliran ku dan aku jua akan dikenang sebagai mana aku mengenang mereka yg pergi dahulu sebelum ku....
apakah sumbangan ku selama ini mampu dikenang dan disayangi oleh org2 sekelilingku..
aku jua x pernah pasti...
jikaaku titiskan air mata ini kerna pemergian org2 yg pernah ada dalam hidupku adekah diriku juga satu hari nanti akan ditangisi..
masa xpernah akan menunggu...
umur xkan pernah akan berhenti meningkat...
tenaga x kan kekal kuat menjelang satu ketikanya...
tangisan kekal akan menjadi sebuah tangisan yg xkan pernah padam dimuka bumi ini...
air mata ini x akan kering kerna disatu sudut dunia akan ade yg menangisi...........

Monday, 25 October 2010

25 haribulan 10..




wajah ini....
aku ingin sentiasa tersenyum..
bukankah ia indah...
tahun demi tahun berlalu dengan pantas...
bagai kelipan mata, masa itu berlalu pergi...
sepanjang perjalanan ini aku ingin terus mempelajari...
waktu kecil ku,
waktu remaja ku,
waktu dewasa ku,
dan waktu tuaku...
x mungkin akan sama....
itulah yg membuatkan aku faham batapa perlunye aku redahi apa jua rintangan di hadapan ku..
aku hanya manusia...
penuh dengan kesilapan...
adekala masa2 lalu ku, adelah masa2 yg ingin aku tebus kembali...
kerna aku ingin membaiki segalanya...
masa terus berjalan..
tanpa masa itu menungguku...
dan aku tetap rindu tentang semua ini satu hari nanti..
aku pasti..
air mataku x mungkin dapat aku tahan lagi dari membasahi bumi...
Ya ALLAH..
lindungi diriku...
ampun kan daku...
bentangkan jalan2 yg lurus...
agar aku tidak terjerumus kelembah kehinaan mu..
temukan diriku dengan cahaya kegembiraan..
dunia ini hanya permainan semata mata...
dan aku lah yg sering tersesat didalamnya...
uhh..
tumpahkanlah kasih mu Ya ALLAH..
pada diriku yg kerdil ini..
lembutkan lah hatiku dengan ilmu mu...
dan keraskan hatiku dari dosa terhadapmu...
hidupkan lah diriku dengan tidak sia2 untukmu..
jangan la dikau ambil nyawaku dikala aku lalai terhadapmu..
jadikan lah sisa2 hidupku ini hanya untuk keredhoanmu Ya Tuhanku...
aminnn...

Wednesday, 20 October 2010

MeRindUi PasTi....

rindunye...
entah kenapa aku rindukan sejarah perjalanan lalu...
aku sukakan perasaan ini...
bila kenangan ini diimbas kembali, hati ku sayup merindui...
masa yg berlalu x mgkin dapat ku undur kembali...
cerita yg lalu kini menjadi memori..
penuh suka dan dukanya yg mengajar untuk berdiri kini...
kalau boleh tidak mahu aku kehilangan segala memori ini kelak..
tiada bermakna tanpa kenangan...
ia mengajar erti kehidupan dari pengalaman..
kecilku,remajaku,dewasaku,dan hari tua ku, ingin ku simpan dalam ingatan ini selamanya..
biapon bukan semua akan dapat ku ingati, secebis cerita pon tetap tiada nilai untuk ku ganti...
ohh syg...
aku rindukan kamu..
kelak kamu pasti tetap akan ku rindui..
kamu cerita yg sentiasa dihati...
wahai teman, terima kasih kerna kamu pernah hadir melengkapkan cerita hidupku ini..
Aku Merindui kamu wahai sahabat2 ku.....

Tuesday, 28 September 2010

cinta yg pernah hadir...

jika kamu pernah hadir dlam hidup seseorg, kamu adelah istimewa untuknya...
jika kamu bukan takdir untuknye, ia adelah kekecewaan baginye...
jika kamu dimintak pergi dari muncul didepannya,sebenarnya dia mengharap kamu disampingnya..
jika dia cube berbaek dengan kamu, sebenarnye dia tetap sygkan kamu..
jika dia cube menjauhkan diri darimu, sebenarnye dia lebih berharap kamu melupakannya..
jika dia masih ingin ambil tahu tentang kamu, sebenarnye dia ingin tgok kamu berbahagia...

setiakah lelaki...

jika lelaki mencintai lebih dari seorang dalam mase yg sama adekah itu bermaksud dia x setia dan curang?
jika lelaki tidak dapat menghilangkan kasih sygnye pada pmpn yg pernah disayangi wlwpon telah ade peganti adekah itu bermaksud dia bukan lelaki yg setia pada cinta?
adekah cinta itu perlu hilang sekiranya telah bertemu dengan org baru dalam hidup?
adekah Allah mencipta lelaki perlu sama seperti perempuan mencintai hanya seorang seumur hidupnya?
dan kenapa Allah hanya membenarkan lelaki berkahwin lebih dari seorang dalam satu masa?
salahkah perkara2 diatas?
mgkin fakta dibwah boleh menjelaskan....

POLIGAMI: Mengapa Halal Poligini & Mengapa Haram Poliandri?
Jump to Comments
POLIGAMI

Soalan:
Mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam?Iaitu mengapa poligami dibenarkan dalam Islam?

Jawapan:

1. Definisi Poligami
Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali.
Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri.?

2. Al-Quran satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab2 tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.
Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai mana yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak mengehadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.
Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai 3 isteri manakala Sulaiman, mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut Islam.Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut Islam.
Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.
Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.
Seperti yang telah disebutkan, Al-Quran satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:
“Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.”
[An-Nisa’ 4:3]
Sebelum Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.
Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmannya:“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu…..”[An-Nisa’ 4:129]
Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam:

a) Fardhu, iaitu Wajib atau perlub) Mustahab, iaitu disyorkan atau digalakkanc) Mubah, iaitu dibolehkan atau dibenarkand) Makruh, Iaitu tidak disyorkan atau digalakkane) Haram, iaitu dilarang atau tidak dibenarkan
Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di Negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, 1/3 merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada 25 juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada 30 juta wanita di Amerika Syarikat yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai 20 juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada 4 juta wanita, 5 juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja 9 juta wanitanya akan gagal mendapat suami.
Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang tinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.
Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.
Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalam untuk memelihara maruah wanita.

POLIANDRI
Soalan:
Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?

Jawapan:
Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:
1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk.
Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita. Ini kerana Allah mengurniakan naluri kasih dan cinta lelaki tidak sama dengan naluri kasih dan cinta wanita. Naluri inilah yang mengangkat lelaki menjadi ketua dalam keluarga.

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seks di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.
Alasan-alasan di atas adalah alasan yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.